Karya filem pendek pelajar MMU bakal ditayang di luar negara

Iklan
MMU-Pelajar-Filem (1)
Universiti Multimedia (MMU) memperkukuhkan lagi bidang pembangunan filemnya apabila berpeluang mengetengahkan filem-filem pendek hasil karya pelajar di persada antarabangsa.Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Wisma Putra menerusi bahagian kebudayaannya telah menghadiri pelbagai program kebudayaan dan pesta filem antarabangsa, namun kandungan kreatif dari Malaysia masih kurang dipamerkan kepada pengunjung.[caption id="attachment_43557" width="600"] Saifuddin (kanan) menyerahkan Surat Niat kepada Mazliham semasa lawatan ke MMU.[/caption]"Kerajaan akan mempromosikan kandungan kreatif dari Malaysia seperti filem-filem pendek dan untuk permulaan kita bercadang mempamerkan filem-filem yang dihasilkan oleh pelajar MMU ke luar negara sebagai contoh di Eropah seperti Jerman dan Belanda."Filem-filem pendek MMU yang dihasilkan para pelajar ini, didapati berkualiti serta mempunyai nilai sosio budaya negara dan ia sesuai ditayangkan kepada diplomat-diplomat asing yang berkunjung ke Malaysia," katanya ketika membuat kunjungan ke MMU, baru-baru ini.[caption id="attachment_43558" width="600"] Saifuddin dan delegasinya diberi taklimat oleh Dekan FCA, Amir Shahlan (berdiri, kanan), di MMU.[/caption]Sementara itu, Presiden MMU, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud melahirkan rasa teruja dan gembira dengan perkembangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah diraih oleh para pelajar dan alumni MMU sebelum ini.Menurutnya, dengan bimbingan para pensyarah, beberapa pelajar MMU sebelum ini telah berjaya membawa filem mereka ke pesta-pesta filem terkemuka antarabangsa seperti Singapore International Film Festival, Cardiff International Film Festival (UK) dan Fano International Film Festival (Itali)."Antara judul filem dihasilkan pelajar MMU yang mendapat anugerah antarabangsa ialah Weeping Birds, Samudera, Suraya, Torture, The Gold Chain, Kantoi, Spotlight dan banyak lagi," jelas beliau.Beliau berkata, alumni-alumni MMU adalah antara pemain utama industri perfileman dan kandungan kreatif tanah air antaranya Nizam Razak, yang pernah terlibat dalam penghasilan filem animasi Upin Ipin serta menjadi pengarah kepada filem animasi Boboiboy, manakala Muhammad Usamah Zain Yasin pula menghasilkan Ejen Ali.[caption id="attachment_43556" width="600"] Saifuddin (tengah) meninjau Sound Stage Studio di FCA semasa lawatannya ke MMU.[/caption]"Selain itu, Ghaz Abu Bakar yang merupakan pengarah filem, Polis Evo 1 juga adalah alumni MMU, manakala pensyarah dan alumni MMU, Vimala Perumal adalah pengarah filem Tamil blockbuster, Vedigundu Pasangge yang menerima pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa."Sebahagian alumni Fakulti Seni Senimatik (FCA) turut memberi impak besar dan menyumbang kepada industri apabila mereka memegang jawatan penting dalam syarikat penghasilan kandungan kreatif seperti Astro Shaw and VIU Malaysia," ujarnya.Artikel berkaitanSK Larkin 2 bawa 102 orang timba ilmu sejarah menerusi filem epik Melayu, Mat KilauPelajar jurusan Skrin pasang cita-cita jadi pengarah filem yang berjayaBukan mudah jadi pelakon dan pelajar, Sweet Qismina akhirnya berjaya terima ijazah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok