UTHM lahir usahawan IKS, tembusi pasaran global

Iklan
UTHM lahir usahawan IKS, tembusi pasaran global

Siri Bengkel Usahawan eBay & Amazon anjuran Syarikat Terbitan Universiti (STU), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berjaya melahirkan usahawan tempatan yang mampu menembusi pasaran luar negara.

Iklan
Iklan

Terbaharu, salah seorang peserta bengkel berkenaan Mohamad Nor Ishak telah berjaya menjana hasil jualan sebanyak $132,685 setahun, bersamaan dengan RM590,053 pada tahun lalu dengan hanya daripada satu akaun eBay.

Iklan

Mohamad Nor berkata, kejayaan yang diraihnya itu adalah hasil daripada pembelajaran dan bimbingan berterusan dari STU UTHM yang banyak membantu mendapatkan pelanggan dari luar negara melalui eBay.

Iklan

"Setakat ini, majoriti pelanggan adalah 90 peratus dari Amerika Syarikat, Eropah dan United Kingdom manakala 10 peratus lagi dari negara-negara lain.

"Masing-masing telah membeli pelbagai produk yang saya jual seperti produk kecantikan, kesihatan, alat ganti basikal dan kereta,” ujarnya.

Tahun ini merupakan tahun keempat Mohamad Nor menjalankan perniagaan eBay secara sepenuh masa hanya dari rumah.

Pencapaian yang telah diraih olehnya sejak menjalankan perniagaan tersebut adalah mendapat status tertinggi iaitu akaun Top rated Seller dan diberikan akaun manager yang mempunyai had jualan sebanyak RM20 juta sebulan.

Malah, hasil daripada perniagaan itu juga, beliau berjaya menjana pendapatan bersih sekitar RM12,000 hingga RM20,000 sebulan.

Kini, Mohamad Nor lebih selesa untuk bekerja dari rumah dan mempunyai masa anjal bersama keluarga.

Sementara itu, menurut Pengarah Spin Off STU UTHM, Dr Zul Ariffin Maarof, inisiatif UTHM menganjurkan program seperti itu adalah untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS), ibu tunggal dan graduan yang tiada pekerjaan bagi melibatkan diri sebagai usahawan eBay dan Amazon.

"Kami sangat gembira kerana dapat membantu dan melahirkan ramai peniaga sehingga mampu menjana pendapatan sendiri.

"Insya-ALLAH, pihak UTHM akan terus memberi sokongan dan melakukan aktiviti pemantauan dan lawatan serta bertemu dengan peserta bagi melihat perkembangan perniagaan mereka,” katanya yang juga Penyelidik Utama Kumpulan Integrasi Oases (OIG) dan Pensyarah Pusat Pengajian Diploma, UTHM.

Artikel berkaitan 

UTHM rai alumni antarabangsa dan bakal pelajar di Batam

Graduan UTHM berjaya siapkan tesis di pusat hemodialisis demi menjaga suami sakit

UPM hasilkan inovasi alat navigasi bantu pesakit demensia



Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok