Ini dia 4 tip bermain ragbi
Iklan
Mengenali sukan ragbi, mungkin ramai daripada kita berpendapat ia permainan yang cukup lasak dan kasar.Bagaimanapun, apabila mula mengenali sukan itu, kita akan tahu ragbi boleh membentuk disiplin dan stamina pelajar sekolah yang menceburkan diri dalam bidang ini.Ketua Jurulatih Ragbi Tujuh Sebelah (7s) atau lebih dikenali sebagai Skuad Bunga Raya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor, 39, berkongsi pandangannya tentang kaedah sukan itu boleh membantu dan memberi manfaat kepada pelajar.Beliau yang membantu pasukan ragbi kebangsaan meraih beberapa pingat di peringkat antarabangsa berkata, sukan itu memang boleh menjadikan seseorang pelajar memiliki tahap disiplin tinggi dan pada masa sama menguatkan stamina."Sukan ini bagus kerana mampu membentuk disiplin serta stamina setiap pemain dan dalam ragbi juga mereka perlu pastikan keadaan kesihatan berada dalam keadaan baik. Disiplin diterapkan bagi memastikan permainan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan," ujarnya ketika dihubungi Sinar Bestari baru-baru ini.Mengulas mengenai perkembangan sukan itu di sekolah, Mohd Saizul tidak menafikan hari ini semakin ramai murid sekolah yang meminati ragbi.Berikutan itu, beliau melihat perkara berkenaan sebagai sesuatu yang positif memandangkan ragbi adalah antara sukan dilihat mempunyai masa depan cerah."Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat positif kerana kita boleh nampak makin banyak sekolah sudah menubuhkan pasukan ragbi masing-masing."Sukan ini juga mempunyai masa depan yang baik, ini dibuktikan dengan adanya pemain (ragbi di negara ini) yang dapat bermain bersama pasukan di luar negara," tuturnya lagi.Kepada pelajar yang mahu menjinakkan diri dalam sukan lasak ini, Mohd Saizul ada berkongsi beberapa panduan untuk anda antaranya membabitkan aspek kesihatan, latihan, disiplin dan semangat berpasukan.Kepada peminat ragbi, Ketua Jurulatih Kebangsaan itu juga berkongsikan empat tip kepada pembaca. Jika ini dipatuhi, Insya-ALLAH ia sangat membantu anda nanti.5 jenis kecederaan yang selalunya berlaku dalam sukan ragbi
- Koyak otot hamstringIni terjadi apabila berlaku regangan atau koyak pada gentian otot dan tisu sekeliling. Rawatannya pula bergantung pada tahap kecederaan bermula daripada konservatif sehinggalah membawa kepada pembedahan.
- Kecederaan muka dan kepalaKecederaan seperti lebam ini selalunya berlaku kepada pemain posisi depan.
- Sendi terseliuh membabitkan buku lali dan bahuKecederaan membabitkan ligamen lateral koyak adalah yang paling kerap berlaku membabitkan pemain. Ini sekali gus membawa risiko kepada kecederaan berulang akibat sendi buku lali yang tidak stabil. Sendi bahu yang terseliuh selalu berlaku pada sendi akromio-klavikular disebabkan oleh rempuhan pihak lawan atau terjatuh.
- Patah – tulang jari dan tulang selangkaPatah pada tulang jari berlaku apabila pemain cuba menangkap bola tetapi pertembungan berlaku pada hujung jari.
- Sendi terkeluar – bahuBiasanya berlaku apabila pemain terjatuh dengan tangannya terbuka keluar. Keadaan ini memerlukan rawatan segera daripada doktor.