19 aduan diterima KPM sejak portal dilancarkan minggu lalu

Iklan
19 aduan diterima KPM sejak portal dilancarkan minggu lalu
Sebanyak 19 aduan berkaitan kes buli di sekolah diterima oleh Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi portal aduan buli yang baharu sahaja dilancarkan Khamis lalu.Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 16 aduan diterima melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM manakala tiga lagi melalui aplikasi WhatsApp di talian 014-800 9325.Tambahnya, setiap aduan yang diterima akan diteliti untuk diambil tindakan sewajarnya oleh KPM tidak kira kes itu berlaku di luar bandar atau bandar, di sekolah asrama atau tidak, semuanya akan dilakukan penelitian oleh pihaknya.Ujarnya, kementerian tidak akan anak tirikan mana-mana sekolah dan yang paling penting, maklumat itu sampai pada KPM secepat mungkin untuk mereka tangani kes buli.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pelantar Pembelajaran Digital atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa): Agenda Digital Kita di Dewan Perdana Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1).Sebelum itu, portal aduan buli, yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli, dilancarkan bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada KPM melalui tiga saluran iaitu talian khas aduan buli (03-8884 9352) atau aplikasi WhatsApp di talian 014-800 9325, e-mel (adubuli@moe.gov.my) dan aduan SISPA KPM yang tersedia di portal itu.Dalam perkembangan lain, portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia turut memuat naik perkongsian berkenaan buli.Menurut portal itu, buli bermaksud perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.Ciri-ciri buli terdiri tiga perkara iaitu niat bermusuhan, ketidakseimbangan kuasa dan berulang dalam tempoh masa tertentu.Kata portal itu lagi, buli boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi dalam kehidupan sama ada tempoh masa yang pendek atau berpanjangan.Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mangsa buli lebih cenderung untuk1) Merasa tertekan, kesunyian dan merasa cemas2) Mempunyai harga diri yang rendah3) Mengalami sakit kepala, sakit perut, keletihan dan kurang selera makan4) Tidak hadir ke sekolah, tidak suka sekolah dan mempunyai prestasi sekolah yang teruk5) Berfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diriKajian penyelidikan juga menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes buli sama ada mereka yang membuli orang lain atau mereka yang dibuli mempunyai risiko tinggi untuk mengidap kemurungan.Seterusnya, MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia turut menyenaraikan beberapa tip untuk mengelak diri daripada dibuli.Tip-tip tersebut adalah1) Berkeyakinan diri yang tinggi2) Pembuli suka membuli mereka yang lemah dan tidak melawan3) Pembuli hanya akan mengulangi membuli seseorang jika mereka fikir mereka boleh meneruskan kegiatannya4) Cuba untuk mengabaikan pembuli5) Jika anda tidak boleh mengabaikan mereka, cuba untuk bersetuju dengan mereka (pembuli tidak akan mendapat kepuasan jika anda bersetuju dengan mereka)6) Anggaplah apa yang pembuli ucapkan itu sebagai kelakar (gurauan) agar tidak mengganggu perasaan anda7) Tukar subjek untuk mengalihkan tumpuan pembuliArtikel berkaitan Tingkatkan pemantauan dan keselamatan pelajar untuk membendung buliKPM perkasa pelantar DELIMa 2.0, gabung 3 aspek penting untuk pembelajaran menyeronokkanBerjaya kumpul RM21,570 untuk projek khidmat masyarakat, usaha keras 7 pelajar master UKM dipuji ramai

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok