KPM mahu siasatan menyeluruh kes kematian murid Tahun Empat di Negeri Sembilan

Iklan
KPM meminta agar semua elemen berkaitan kejadian yang menimpa seorang murid Tahun Empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan disiasat secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta agar semua elemen berkaitan kejadian yang menimpa seorang murid Tahun Empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan disiasat secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan oleh keluarga murid berkenaan berhubung kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Pada waktu ini, kes masih dalam siasatan pihak polis.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah. Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu.

Iklan

Sebelum ini, seorang murid berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolahnya di Senawang, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Oktober lepas.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa. - Bernama

Iklan