Kemahiran perlu seiring dengan kelulusan

Iklan
UNITAR
Senario semasa yang semakin kompetitif telah membuka mata, segulung ijazah tanpa kemahiran bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan serta gaji lumayan.Namun, janganlah disebabkan keadaan itu, masyarakat terutama pelajar berfikiran bahawa pendidikan tinggi tidak lagi penting.Ini kerana, tahap kelulusan dan penguasaan kemahiran mesti seiring untuk membina serta mengukuhkan kerjaya pada masa hadapan.Kelebihan memiliki kemahiran sudah tentu boleh menjadi nilai tambah untuk melangkah lebih jauh dalam bidang diceburi.[caption id="attachment_46283" width="600"] Gambar hiasan. Foto/Pexels.[/caption]Pada masa sama, juga perlu membuktikan tahap kelayakan akademik sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah bagi menyokong kemahiran itu.Ini kerana, banyak syarikat swasta mahupun sektor awam yang menekankan aspek kelulusan pendidikan bagi tujuan itu.Menyedari tidak semua dapat melanjutkan pengajian, kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPT/IPTS) di negara ini telah menyediakan pelbagai usaha menawarkan kursus kemahiran termasuk jangka pendek bagi membantu golongan itu.Ini dilakukan bertujuan menarik minat mereka yang mempunyai pencapaian minimum dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran seterusnya memasuki pasaran pekerjaan.Berikut adalah antara beberapa IPT/IPTS yang menawarkan kursus kemahiran.Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)1. Kolej Komuniti Kolej Komuniti adalah institusi yang terletak di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Institusi ini berperanan melahirkan pekerja mahir dalam bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antaranya perdagangan, mekanikal, elektrikal serta bidang lain yang mempunyai permintaan tinggi untuk lepasan SPM atau yang setaraf dengannya di seluruh Malaysia. Berikut antara senarai Kolej Komuniti dan program ditawarkan.Kolej Komuniti Sabak Bernam, SelangorSijil Sistem Komputer Dan SokonganSijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan)Sijil Teknologi ElektrikSijil Rangkaian KomputerSijil Fesyen dan PakaianKolej Komuniti Ampang, SelangorMenawarkan Sijil Teknologi TelekomunikasiKolej Komuniti Jempol, Negeri SembilanSijil Teknologi Seni BinaSijil Teknologi ElektrikSijil Servis Kenderaan Ringan.Kolej Komuniti Bukit Beruang, MelakaSijil Pemasangan ElektrikSijil Servis Kenderaan RinganSijil KulinariSijil Operasi PerhotelanKolej Komuniti Arau, PerlisSijil Sistem Komputer dan RangkaianSijil Teknologi SenibinaSijil Teknologi ElektrikSijil Fesyen PakaianSijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu MakananKolej Komuniti Kepala Batas, Pulau PinangSijil Animasi 2DSijil Teknologi MaklumatSijil Teknologi Peranti Mudah AlihSijil Teknologi PembuatanSijil Teknologi Telekomunikasi.2. Politeknik Sultan Ibrahim, JohorSijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan PakaianSijil Kemahiran Rekabentuk GrafikInstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)1. Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR)Sijil Pengajian PerniagaanPelajar yang mempunyai minima satu kredit dalam SPM atau lebih, atau yang setarafnya layak memohon. Tempoh pengajian empat semesta ataupun setahun empat bulan.Sijil Pengajian Perniagaan - Dalam TalianBidang ini mempersiapkan diri pelajar untuk menguasai bidang perniagaan dan perakaunan. Tempoh pengajian mengambil masa setahun empat bulan atau empat semesta. Syarat kelayakan untuk memohon ialah minima satu kredit dalam SPM atau lebih, atau setaraf dengannya. Kaedah pembelajaran adalah secara atas talian.Sijil Seni dan Reka BentukPelajar mempunyai minima satu kredit dalam SPM atau lebih, atau yang setarafnya layak memohon untuk mengikuti program ini yang mengambil masa selama empat semester atau setahun empat bulan. Program ini mendedahkan pelajar mengenai kemahiran asas pengetahuan gunaan dan teknikal yang mantap dalam bidang reka bentuk termasuk grafik, ilustrasi, tekstil dan rekaan fesyen, reka bentuk dalaman serta reka bentuk perindustrian dan seni halus.Artikel berkaitanUTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitanPerluas program vokasional, beri kemahiran kepada lepasan PT3Ameera cemerlang di The University of Edinburgh, raih ijazah kelas pertama dan pingat pencapaian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok