UTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitan
UTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitan

UTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitan

Roshlawaty Md Raieh
08 Sep 2022 04:20pm
A
A
A

Kepakaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam bidang Sistem Pemanasan, Ventilasi dan Penyaman Udara (HVAC) bertaraf dunia terus menjadi perhatian ramai.

Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, penonjolan dan impak teknologi kejuruteraan HVAC menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) UTeM kini telah memberikan kesan langsung dalam sektor perindustrian HVAC yang berimpak global.

Menurutnya, UTeM bersedia untuk terus berkongsi kepakaran dengan mana-mana pihak yang berkaitan agar sama-sama dapat menjayakan lagi penerokaan dan pemampanan bidang ini.

“Yang terbaharu, UTeM menerusi FTMKP telah merangka kerjasama strategik dengan Malaysian Air Conditioning & Refrigeration Association (MACRA).

“Perkara ini dibincangkan sewaktu perbincangan meja bulat UTeM bersama MACRA 2022 yang diadakan di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

“MACRA menaungi lebih kurang 200 buah industri dalam sektor pemanasan, ventilasi, penyaman udara dan penyejukbekuan (HVAC&R) di seluruh negara,” katanya.

Dalam perbincangan tersebut, pihak MACRA yang diketuai Presidennya, Peter Tan Chin Wah turut dibawa melawat makmal dan ruang pembelajaran FTKMP bagi meninjau sendiri alatan dan fasiliti berteknologi tinggi yang tersedia di kampus terbabit.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada lapan program Mesyuarat Meja Bulat UTeM yang telah diadakan dari 2011 sehingga 2022 dan berjaya menghimpunkan lebih 100 pemimpin dan pemain industri serta komuniti.

Mengulas lanjut mengenai agenda ini, Dekan FTKMP, Profesor Ts Dr Effendi Mohamad menjelaskan, potensi kerjasama merangkumi khidmat bantuan penyelidikan, perundingan, penempatan latihan industri, kebolehpasaran graduan, pembelajaran berasaskan kerja termasuk pemindahan ilmu dan teknologi.

“Aspek-aspek tersebut boleh membantu peranan universiti sebagai hub-kepakaran dan teknologi serta pada masa sama memperkasakan hasrat kerajaan dalam mengembangkan lagi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Akademik FTKMP, Ts Dr Nur Rashid Nuri pula berkata, ia turut mensasarkan input mengenai kehendak industri berkait modal insan agar keberhasilan graduan yang kompeten serta cemerlang dari segi nilai ilmu dan praktis bergerak seiring.

Artikel berkaitan 

Warga UTeM diseru hayati erti dan tema kemerdekaan ke-65

UMT Diving School terima pengiktirafan lima bintang, cipta sejarah Malaysia Book of Records 

Pelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok