STAM bermula 29 Mac hingga 7 April depan, 7,277 calon akan duduki peperiksaan itu

Iklan
STAM bermula 29 Mac hingga 7 April depan, 7,277 calon akan duduki peperiksaan itu

PUTRAJAYA - Seramai 7,277 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 bermula dari 29 Mac hingga 7 April depan di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa, seramai 1,144 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Iklan
Iklan

"Lembaga Peperiksaan (LP) ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan STAM 2020 mengenai tarikh dan masa peperiksaan berlangsung.

"Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal LP di http://lp.moe.gov.my. ," katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, semua calon diingatkan supaya membawa Dokumen Pengenalan Diri, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan dan Borang Deklarasi Saringan Covid-19 ke pusat peperiksaan.

"LP juga ingin mengingatkan semua calon untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0 bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan mencegah penularan wabak Covid-19.

Iklan

INFO STAM

1) Latar Belakang