Tip mencari rumah sewa bagi mahasiswa yang gagal permohonan kolej kediaman

Iklan
Tip-tip cari rumah sewa bagi mahasiswa yang gagal permohonan kolej kediaman
Rumah sewa adalah isu yang sering diperdebatkan oleh mahasiswa setiap kali menjelang semester pengajian baharu.Mahu atau tidak, pelajar perlu berikhtiar mencari iklan kekosongan rumah sewa yang boleh didapati secara hujung jari melalui pelbagai platform media sosial untuk mendapatkan penempatan.Apabila semester baharu sudah bermula nanti, maka, usaha ini akan memudahkan pelajar berulang-alik ke kampus tanpa menjejaskan pengajian yang sedang berjalan.Untuk itu, minggu ini, Sinar Bestari berkongsi enam tip untuk mencari rumah sewa. Jom kita lihat!1. Pilih yang berdekatan di rumahKita faham tidak semua pelajar mempunyai kenderaan persendirian, jadi pilihlah rumah sewa yang berdekatan dengan universiti.2. Cari kadar sewa termurahDisebabkan tiada sumber pendapatan tetap atau tidak mahu membebankan orang tua, adik-adik rancanglah untuk menilai kadar rumah sewa yang tidak membebankan poket.3. Utamakan keselamatanTanpa mengira usia muda ataupun tua, malang tidak berbau, justeru pilih kawasan yang strategik dan mempunyai kejiranan yang bagus.Ini dapat mengelakkan kes kecurian, pecah rumah atau ragut dalam kalangan pelajar universiti.4. Sewa di rumah kenalan rapatTerutamanya bagi adik-adik yang di perantauan, di mana ibu bapa menetap di berlainan negeri, sekiranya mempunyai saudara atau sepupu yang berdekatan, boleh pertimbangkan untuk bayar sewa bulanan kepada mereka.5. Pertimbangkan yang ‘fully furnished’Almari, rak kasut, dapur gas, peti ais, mesin basuh, tilam, lampu dan utiliti ini akan memberikan keselesaan kepada adik-adik apabila menjadi penyewa kelak.6. Kemudahan awamTip terakhir ini penting untuk anda yang tidak mempunyai pengangkutan, jika, menyewa di kawasan bandar, boleh dapatkan perkhidmatan bas percuma di negeri yang terpilih, seperti Smart Selangor.Jika duduk di pedalaman, dapatkan servis ‘kereta sapu’ oleh individu yang bertanggungjawab di mana harga yang ditawarkan sangat murah.Semoga bermanfaat!Artikel berkaitan5 tip pemula selam skuba4 tip hafal al-Quran yang boleh guru dan pelajar amalkan6 tip pembuatan kostum yang selesa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan