UUM kekal tersenarai dalam QS Global MBA Rangkings 2023

Iklan
UUM kekal tersenarai dalam QS Global MBA Rangkings 2023
Program Sarjana Pentabiran Perniagaan (MBA), Universiti Utara Malaysia (UUM) kekal berada di kedudukan 201 hingga 250 dalam QS Global MBA Rankings 2023 sekali gus menjadi satu-satunya universiti di Malaysia yang tersenarai dalam ranking berkenaan.Manakala dua bidang pengkhususan graduan program MBA Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) iaitu Perundingan dan Pengurusan Operasi, berada dalam senarai 100 terbaik dunia apabila tersenarai di kedudukan 91 hingga 100 bagi QS Global MBA by Career Specialization Rankings 2023.Penarafan ini berdasarkan kepada kerjaya graduan, pandangan majikan dan kekuatan penyelidikan.Menurut Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah, pencapaian tersebut amat membanggakan memandangkan UUM merupakan universiti berfokus dalam bidang pengurusan berbanding universiti lain yang bersifat komprehensif.Katanya, pengiktirafan tersebut pasti dapat menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan tempatan untuk menyertai program MBA UUM.Ujarnya lagi, kejayaan ini adalah satu pencapaian terbaik sebagai asas untuk mempromosikan program MBA dan dia optimis program lain juga akan mendapat sambutan kerana pelajar di luar sana melihat UUM dalam kedudukan tersendiri."Saya ingin menyatakan rasa gembira di atas kejayaan UUM dan kita satu-satunya program MBA di Malaysia yang tersenarai di kedudukan ke 201 hingga 250 dunia."Tahniah kepada OYAGSB dan seluruh warganya serta warga UUM yang menyumbang kepada kejayaan tersebut."Pencapaian ini sekali gus telah menjulang nama universiti di persada dunia," katanya ketika berucap pada Bengkel Pemantapan Pelan Strategik dan Bajet Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.Sementara itu, Provos UUM Kuala Lumpur merangkap Dekan OYAGSB, Profesor Dr Hassan Abu Bakar berkata, kejayaan berkenaan menunjukkan kualiti pengajaran dan pembelajaran OYAGSB setaraf dengan universiti antarabangsa.Antaranya dalam aspek aplikasi pengetahuan praktikal dan teori dalam pembelajaran; menggunakan kes ‘Harvard Business Review’ dalam kelas; komposisi pelajar yang sepenuhnya mempunyai pengalaman bekerja; bekerja di syarikat terbilang dan berjawatan tinggi serta keterlihatan OYAGSB.[caption id="attachment_46806" width="600"] Dr Hassan[/caption]"Program MBA sepenuh masa melengkapkan pelajar dengan kemahiran penting untuk landskap perniagaan global yang kini terus berkembang."Maka tidak hairanlah kebanyakan pelajar memiliki pengalaman kerja malah ada yang bekerjaya hebat dengan menjawat jawatan tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah," ujarnya.Dalam pada itu, Dr Hassan berharap momentum berkenaan dapat diteruskan dan dikekalkan agar UUM terus melangkah ke hadapan dan dapat merealisasikan misi untuk memastikan OYAGSB berstatus ‘Triple Crown’ selain ‘Top Business School’."Untuk mencapai ‘Triple Crown’, kita sedang bergerak ke arah EQUIS menjelang 2025 dan impian ini sudah pasti akan menjadi kenyataan setelah kita memperoleh The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) dan Association of MBAs (AMBA)."Terima kasih kepada semua terutamanya Profesor Dr Sany Sanuri Mohd Mokhtar yang merintis usaha ini sehingga kita menempa reputasi cemerlang dalam ranking dunia terutamanya dari aspek pertambahan jumlah pelajar," jelasnya.Program MBA OYAGSB mendapat akreditasi antarabangsa oleh AACSB dan AMBA selain Chartered Management Institute (CMI) sebagai badan profesional terkemuka dunia dalam pengurusan dan kepimpinan.MBA memberi tumpuan kepada membangunkan pemimpin perniagaan masa depan dengan kemahiran dan kecekapan untuk menangani persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah dengan cara yang cekap serta berkesan.Artikel berkaitan76 pelajar UUM selami kehidupan Orang Asli suku Kensiu di Baling, KedahMajlis Profesor UUM promosi gaya hidup sihat5 atlet golf UUM wakili Malaysia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok