80 atlet kebangsaan melanjutkan pengajian di UPM

Iklan
daftar4
Seramai 80 atlet kebangsaan mendaftar untuk mengikuti program bacelor di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi akademik 2022/2023, baru-baru ini.Mereka adalah sebahagian daripada 3,553 pelajar baru program bacelor yang terdiri daripada 1,116 lelaki dan 2,437 wanita.Daripada jumlah itu juga, seramai 84 pelajar bacelor mendaftar diri di kampus UPM Bintulu, Sarawak.[caption id="attachment_47040" width="600"] Antara suasana ketika Minggu Perkasa Putra UPM, baru-baru ini.[/caption]Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman, 80 atlet kebangsaan berkenaan pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA dan menyertai Sukan Malaysia (Sukma).Tambahnya, kebanyakan daripada mereka terdiri daripada atlet hoki, ragbi dan juga olahraga."Antara atlet yang mendaftar ialah Kirandeep Kaur yang pernah menjadi johan dalam World Hockey Series Singapore 2018, tempat ketiga Kelayakan Olimpik di Ireland 2019 dan menyertai Piala Dunia Hoki Wanita Remaja pada April 2022."Beliau akan mendaftar untuk program Doktor Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan," ujarnya dalam satu kenyataan sempena Minggu Perkasa Putra UPM Sesi 2022/2023 di UPM, Serdang, Selangor.[caption id="attachment_47041" width="600"] Antara pelajar yang mendaftar untuk sesi kemasukan baru di UPM, baru-baru ini.[/caption]Selain itu, Mohd Roslan turut memaklumkan untuk sesi baru ini, UPM turut memperkenalkan program baru iaitu Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian di Fakulti Pertanian."Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian di Fakulti Pertanian ini telah ditawarkan kepada 20 pelajar," ujarnya.BTPP merupakan program pengajian Berdasarkan Tugas (task-based) dengan Mod Pelbagai iaitu Mod Kerja Kursus dan Mod Industri (3u1i) yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).Mod Kerja Kursus akan dikendalikan selama 4 tahun (7 semester di UPM termasuk 1 semester Latihan Industri), manakala bagi Mod Industri pula akan dikendalikan selama 4 tahun (6 semester di UPM dan 2 semester Latihan Industri).[caption id="attachment_47042" width="600"] Mohd Roslan (dua dari kiri) ketika beramah mesra bersama pelajar baru di UPM, Serdang, Selangor.[/caption]Selain itu, beliau berkata, pada sesi kemasukan kali ini, UPM turut terbabit dalam laluan program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)."Program ini ditawarkan kepada 10 pelajar daripada keluarga B40 yang cemerlang dan merupakan anak pertama dalam keluarga yang berjaya memasuki universiti di peringkat ijazah sarjana muda."UPM akan menyediakan tajaan dan program mentoring untuk memastikan 10 pelajar yang terpilih berjaya dalam pengajian dengan cemerlang dan akan mendapatkan pekerjaan untuk mereka," tuturnya.Artikel berkaitanUPM turun padang kongsi ilmu tingkatkan kehijauan persekitaran sekolah3 pensyarah UPM terima pengiktirafan Top Research Scientist Malaysia 2022KOSASS UPM tuai hasil Projek Gempur Tani

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok