Shakira Onie, juara cilik tanpa kasut dari pedalaman Sarawak

Iklan
kch-080822-mtu-barefoot-p2

Siapa sangka, dengan hanya berkaki ayam, Shakira Onie, murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entabai, Julau, Sarawak berjaya menjuarai Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Sekolah Sukan Negeri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas, Chalok, Terengganu, pada Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Dia berjaya mencatat masa 16.02 minit untuk menghabiskan larian sejauh 4 kilometer (km) dan sekali gus menjadi yang pertama tiba di garisan penamat bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

Iklan

Kejayaan tersebut pastinya memberikan 1,001 kenangan manis buat Shakira kerana sebelum sampai di garisan penamat, dia terjatuh kerana terlanggar pohon sawit.

Iklan

Tetapi dengan semangat kesukanan, Shakira bangkit meneruskan larian dan akhirnya berjaya dengan gayanya yang tersendiri, berkaki ayam.

Bagi Shakira, dia menyertai kejohanan tersebut tanpa memakai kasut sukan yang sepatutnya bukanlah kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli kasut tetapi pelajar ini lebih selesa untuk berkaki ayam walaupun telah dinasihati guru-guru.

[embed]https://www.tiktok.com/@iswandyisk/video/7128943924923682074[/embed]

Kejayaan Shakira juga tidaklah datang bergolek kerana persiapan yang dilakukan sebelum menyertai kejohanan bukanlah mudah.

Selain terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran Shakira juga pernah pengsan, terlanggar anjing dan terjatuh tetapi ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlatih.

Menurut jurulatihnya, Cikgu Afdal Shyarmeezan Sepawi, ramai yang tampil ke depan untuk menghulurkan bantuan buat Shakira tetapi terpaksa ditolak supaya tidak berlaku pembaziran.

[caption id="attachment_47228" width="600"] Shakira One bersama jurulatihnya selepas menamatkan larian dan muncul juara bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun MSSM.[/caption]

"Duit itu boleh digunakan untuk menyokong aktiviti sukan di kawasan-kawasan pedalaman.

"Saya percaya masih ramai yang memerlukan bantuan berbanding Shakira kerana saya masih berkemampuan untuk menolongnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, baru-baru ini.

Dalam pada itu, anak ketiga daripada lima adik beradik ini yang dibesarkan oleh neneknya yang uzur, manakala bapa bekerja di luar kawasan atas kewajipan mencari nafkah tetap bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam bidang sukan olahraga.

Kecekalan neneknya turut menyumbang kepada kejayaannya kerana ingin membalas segala jasa bakti yang telah dicurahkan kepada Shakira dan adik beradiknya.

Hakikatnya, masih ramai lagi murid di kawasan pedalaman yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam acara sukan namun sering diketepikan kerana masalah akses kemudahan dan juga pengangkutan untuk ke tempat pertandingan.

Artikel berkaitan

80 murid unit beruniform jayakan perkhemahan sekolah pedalaman di Sabah

Kejayaan pembudayaan STEM di sekolah luar bandar, Cikgu Anuthra dinobatkan pemenang Malaysia Teacher Prize 2022

"Cikgu, kami nak tengok video" - Luah murid pedalaman buat cikgu tambah semangat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok