PRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahu

Iklan
PRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahu
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerusi laman Twitternya baru-baru ini, berkongsi maklumat etika pemakaian ketika keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.Dalam perkongsian tersebut, SPR menyatakan mereka tidak pernah menetapkan etika berpakaian pada hari PRU seperti kehadiran ke pejabat.Mereka juga tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26 (1) (g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Sebaliknya, pengundi hanya akan dilarang sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi sedang berlangsung.Sementara itu, Sinar Bestari difahamkan terdapat banyak sekolah yang akan dijadikan pusat pengundian pada PRU15 esok berikutan pertambahan pengundi baharu.Justeru, Sinar Bestari menasihatkan semua pengundi agar menjaga kebersihan kawasan sekolah dan tidak merosakkan harta benda sekolah sepanjang proses buang undi berlangsung.Bagi pengundi yang membawa anak-anak kecil, dimohon agar ibu bapa tidak membiarkan mereka bebas berkeliaran di kawasan sekolah terbabit.Akhir sekali, diharapkan proses mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia pada Sabtu akan berjalan dengan baik. Insya-ALLAH.Artikel berkaitan PRU15: Mudah dan pantas! Ini caranya menyemak tempat mengundi bagi guru dan mahasiswaTahniah pensyarah dan penyelidik UPM! Rangkul 9 pingat emas di PECIPTA 2022Tumpahan merkuri di sekolah, tindakan yang perlu diambil

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok