WhatsApp Image 2022-11-16 at 12.14.02 PM
WhatsApp Image 2022-11-16 at 12.14.02 PM

Tumpahan merkuri di sekolah, tindakan yang perlu diambil

Adlan Farhan Azwan
16 Nov 2022 12:17pm
A
A
A

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden di mana seramai 14 pelajar dan seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kulim, Kulim, Johor dikejarkan ke hospital akibat tumpahan merkuri.

Kejadian yang berlaku pukul 11.20 pagi itu telah mengakibatkan lima pelajar lelaki dan sembilan pelajar perempuan berusia 11 tahun serta seorang guru wanita berumur 36 tahun, mengalami kegatalan di bahagian muka dan tangan.

Meskipun tumpahan merkuri di makmal sekolah tersebut tidak terkena secara langsung pada kesemua mangsa, mereka tetap dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut akibat gejala kegatalan yang dialami.

Kejadian tumpahan merkuri boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan ia menjadi tanggungjawab semua individu sama ada pelajar mahupun guru untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Sehubungan itu, Sinar Bestari tertarik dengan hantaran Cikgu Ika Liana Khalid di laman Facebooknya yang berkongsikan tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku tumpahan merkuri di sekolah.

Jom ikuti perkongsian tersebut

*

Apa yang perlu cikgu lakukan jika kejadian termometer merkuri pecah di dalam makmal sains?

1. Arahkan semua murid keluar dari tempat kejadian.

2. Tutup kipas.

3. Buka pintu dan tingkap kerana merkuri senang meruap ke udara.

4. Jangan kutip merkuri menggunakan tangan. Gunakan penyapu untuk membersihkan kaca termometer yang pecah.

5. Masukkan ke dalam plastik dan ikat ketat.6. Arahkan murid untuk berkumur menggunakan air bersih.

7. Maklumkan kepada pentadbir.

8. Buat laporan di balai bomba terdekat.

9. Sekiranya tumpahan sedikit, basuh kawasan yang terlibat dengan cecair peluntur.

10. Maklumkan kepada ibu bapa supaya dapat memantau kesihatan anak. Jika ada simptom mual, muntah, lemah badan atau demam, bawa ke klinik sekiranya berlarutan.

Artikel berkaitan

Kandungan peti pertolongan cemas, ini senarai alatannya

Suka bermain mercun? Ini penjelasan yang pelajar wajib tahu

Bomba di Malaysia, sedia membantu dalam pelbagai situasi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok