Senarai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

Iklan
Senarai bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Negara kita mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong menjalankan pemerintahan kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.Sebagai Ketua Utama Negara, bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong merangkumi perundangan, eksekutif dan kehakiman.Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong menerusi sumber rujukan Buku Teks Sejarah Tahun 5 untuk pengetahuan kita bersama.Ini senarainya!1) Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan.2) Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia.3) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.4) Memelihara kepentingan sah kaum-kaum lain sebagai warganegara Malaysia.5) Merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.6) Memperkenankan Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen.7) Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhentikan dan membubarkan Parlimen.8) Yang di-Pertuan Agong mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat.Berdasarkan bidang kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.INFO