3 tip penting yang wajib murid lakukan sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik bermula!

Iklan
3 tip penting yang wajib murid lakukan sebelum Ujian Akhir Sesi Akademik bermula!
MUSIM peperiksaan kembali lagi. Terbaharu, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang bakal diduduki murid sekolah rendah dan menengah dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan Januari ini.Bagaimanapun, tarikh UASA untuk setiap murid mungkin berbeza, bergantung kepada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini, telah memuat naik beberapa tip mengenai UASA.Dalam hantaran tersebut, Cikgu Mohamad Hakim berkongsi panduan penting untuk murid-murid amalkan sepanjang menjawab kertas Matematik.Untuk itu, Sinar Bestari senaraikan tiga panduan yang dikongsi guru Matematik itu untuk rujukan murid.Ini panduannya!1) Jangan ambil masa yang lama untuk selesaikan satu-satu soalan. Jika rasa tidak boleh jawab, teruskan ke soalan yang lain.***Bukan satu kemestian untuk soalan mudah duduknya di depan dan soalan susah letaknya di belakang. Boleh jadi ada soalan mudah di belakang seperti tajuk koordinat dan kebolehjadian (Tahun Enam). Murid wajib untuk skor soalan mudah seperti ini.2) Bila sudah selesai menjawab soalan yang murid tahu, fokuskan semula pada soalan-soalan yang ditinggalkan tadi.3) Wajib tunjukkan jalan kira dan jangan tinggalkan kosong ruangan jawapan. Sekali pun tidak pasti jawapannya, jika ada masa, buat sahaja. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Tapi kalau tinggalkan tanpa berjawab, sudah tentu salah.

INFO

Apakah UASA?