3 tip untuk ibu bapa praktikkan jika anak-anak lemah dalam pelajaran
3 tip untuk ibu bapa praktikkan jika anak-anak lemah dalam pelajaran

3 tip untuk ibu bapa praktikkan jika anak-anak lemah dalam pelajaran

Roshlawaty Md Raieh
11 Oct 2022 05:14pm
A
A
A

Menjadi satu kebimbangan bagi ibu bapa apabila mendapati anak-anak mereka lemah dalam pelajaran.

Bagi menangani masalah itu, pelbagai cara telah dilakukan namun mereka masih tetap gagal menguasai subjek atau membuat latihan yang diberikan guru masing-masing.

Baru-baru ini, Cikgu Fadli Salleh menerusi media sosial Facebooknya ada memuat naik hantaran berkaitan tip mengatasi anak-anak lemah dalam pelajaran.

Tip yang ditujukan khas kepada ibu bapa itu sangat sesuai dipraktikkan dalam membantu anak-anak yang tidak dapat menguasai pelajaran dengan baik.

Susulan hantaran itu, beberapa warganet turut memberi pandangan positif mengenai tip berkenaan.

Antara yang memberi komen ialah:

Napsiah Md Yusop: Saya setuju dengan cara cikgu. Saya dah pernah praktikkan dulu.

Melur Khan: Betul, rendahkan aras silibus supaya pelajar seronok belajar. Buat apa silibus tinggi kalau pelajar hilang minat.

Suhada Sudan: Cikgu, pasal ganjaran tu memang saya setuju sangat. Saya sudah amalkan ketika anak-anak belajar online dulu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tip daripada Cikgu Fadli ini, jom baca perkongsian di bawah.

Semoga bermanfaat.

*****

Tiga tip bantu anak-anak lemah dalam pelajaran cara Cikgu Fadli.

1) Rendahkan aras silibus agar anak-anak rasa senang dan selesa. Bila mereka sudah selesa dengan silibus berkenaan, barulah anak-anak ini akan seronok belajar.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai anak Tahun Tiga, mungkin ibu bapa boleh menggunakan buku latihan Tahun Satu untuk anak-anak mengulang kaji pelajaran.

Kemudian, bila mereka sudah mahir, perlahan-lahan naikkan aras silibus iaitu latih tubi soalan Tahun Satu kepada latih tubi Tahun Dua dan begitulah seterusnya.

2) Sediakan hadiah untuk anak-anak. Kecil atau besar, bergantung kepada kemampuan keluarga. Bila bagi ganjaran ini, anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

3) Ibu bapa boleh mewujudkan satu kumpulan kecil buat anak dan rakan-rakan mereka. Cari sekurang-kurangnya tiga hingga lima orang sahaja untuk kumpulan tersebut. Insya-ALLAH, cara ini menjadi.

Akhir sekali, Cikgu Fadli berharap agar tip yang dikongsinya itu dapat membantu peningkatan dalam pelajaran anak masing-masing.

Artikel berkaitan 

Murid sekolah jadi sasaran penculik, ibu bapa boleh ikuti 10 tip ini elak anak jadi mangsa

Pelajar boleh cuba 4 tip mudah ini untuk dapatkan penempatan kolej kediaman

8 tip yang perlu diamalkan sebelum UPKK bermula!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok