Ibu bapa dan penjaga, ini panduan mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan RM150 di sekolah

Iklan
Ibu bapa dan penjaga, ini panduan mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan RM150 di sekolah

BERMULA minggu depan, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing.

Iklan
Iklan

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Iklan

Memperincikan sesi pengagihan BAP itu, Sinar Bestari kongsikan beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.

Iklan

Antara yang perlu diberi perhatian adalah

1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.

2) Sila bawa bersama

- Sijil lahir/kad pengenalan murid

- Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.

- Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (Jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)

3) Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.

4) Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.

5) Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.

6) Fasa 1 akan diserahkan pada

a) 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat

b) 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima

c) 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Artikel berkaitan 

Anwar umum Bantuan Awal Persekolahan RM150 bermula Januari ini

Senarai Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah KPM

Keprihatinan SK Pos Dipang menghulurkan bantuan, sumbang ke arah kecemerlangan murid


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok