anwar-ibrahim-umum-rm150-bap
anwar-ibrahim-umum-rm150-bap

Anwar umum Bantuan Awal Persekolahan RM150 bermula Januari ini

Adlan Farhan Azwan
20 Dec 2022 02:08pm
A
A
A

Berita baik buat semua murid sekolah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 bermula Januari ini.

Menurutnya, pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan BAP sebanyak RM150,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU), Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat.

Artikel berkaitan

Sesi persekolahan tahun depan bermula 19 Mac

8 perkara yang perlu ibu bapa tahu untuk persekolahan anak berkeperluan khas

250 murid dapat bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ dari MR D.I.Y.


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok