Disiplin tinggi, jiwa kental amalan Kadet Polis

Iklan
KADET-TIP-SINARBESTARI-2023 (2)
Segak memadankan uniform berwarna biru gelap dan beret terletak kemas di atas kepala sambil menyusun langkah kawad kaki.Itulah pakaian rasmi Kor Kadet Polis yang merupakan antara pasukan beruniform menjadi pilihan kokurikulum para pelajar di sekolah menengah.Penubuhan pasukan Kadet Polis adalah untuk memberi pendedahan kepada sebilangan pelajar aspek peranan dan fungsi kepolisan menangani masalah jenayah, dadah, moral serta gengsterisme dalam kalangan pelajar yang bakal memimpin negara pada masa depan.[caption id="attachment_50258" width="600"] Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah 2 di Shah Alam, Selangor menerapkan nilai-nilai jati diri yang tinggi.[/caption]Justeru, Kor Kadet Polis sekolah menengah memainkan peranan penting memupuk disiplin dan jiwa kental dalam kalangan para murid sekolah menengah.Guru yang mengendalikan Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah 2 di Shah Alam, Selangor, Freedalisa Ismail berkata, para pelajar perlu memiliki disiplin yang tinggi dan jiwa kental sekiranya ingin menyertai pasukan beruniform berkenaan.[caption id="attachment_50259" width="400"] Freedalisa[/caption]Freedalisa bertanggungjawab terhadap Kor Kadet Polis SMK Alam Megah 2 sejak tahun 2009 memberitahu, sepanjang tempoh tersebut, beliau dapat melihat dedikasi pelajar dalam menjiwai bidang kepolisan."Saya dapat melihat para pelatih Kadet Polis sangat berdedikasi dan menunjukkan disiplin tinggi mereka apabila menyarung uniform keramat ini."Sebagai contoh, Kor Kadet Polis sekolah ini terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk kawad kaki, menembak revolver, membuka dan memasang senjata, orientering, mendekati masyarakat setempat dan banyak lagi," katanya yang berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dalam pasukan uniform tersebut.Beliau menjelaskan, sekolah berkenaan mempunyai seramai 386 ahli Kadet Polis, malah sambutan amat menggalakkan setiap tahun.[caption id="attachment_50260" width="600"] Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah 2 di Shah Alam, Selangor memastikan disiplin para pelatih pada tahap terbaik.[/caption]Ujarnya lagi, pasukan sekolah pernah melakar kejayaan seperti Johan Kawad Kaki Individu peringkat Kebangsaan, Naib Johan Menembak M16 Kebangsaan, tempat ketiga Mara Lasak Kebangsaan dan banyak lagi."Pelatih Kor Kadet Polis sekolah menengah perlu membawa diri dengan baik kerana pasukan beruniform ini berkait rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Para pelatih juga perlu menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar lain," jelasnya.Untuk itu, Freedalisa berkongsi beberapa tip kemahiran asas yang perlu dimiliki setiap murid untuk berkecimpung dalam pasukan beruniform ini bersama pembaca Sinar Bestari.1.DisiplinSebagai pelatih Kor Kadet polis, perkara utama adalah memiliki disiplin yang tinggi. Disiplin memainkan peranan penting kerana mereka perlu bebas dengan masalah disiplin, kehadiran baik dan menghargai masa, sekali gus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain.Selain itu, para pelatih Kor Kadet Polis perlu memupuk sikap hormat-menghormati antara satu sama lain temasuk guru-guru dan masyarakat sekeliling.2.Stamina dan lasakBergelar pelatih Kadet Polis memerlukan stamina yang tinggi kerana akan terlibat dengan pelbagai aktiviti.Sebagai contoh, kawad kaki, mereka perlu berdiri dan menjalani latihan dalam tempoh lama untuk memastikan keserasian bersama setiap ahli-ahli pasukan.Selain itu, terdapat juga program-program yang akan diikuti seperti Masa Lasak yang perlu menempuhi halangan-halangan seperti air, kawad duri dan macam-macam lagi.3.Jiwa kentalJiwa kental adalah satu perkara yang perlu diterap dalam diri pelatih Kor Kadet Polis kerana ia dapat membantu mereka apabila berdepan pelbagai cabaran.Mereka juga akan berdepan latihan senjata yang memerlukan jiwa kental apabila perlu 'membuang' perasaan gentar ketika memasang dan membuka senjata berkenaan.4.BerketerampilanPara pelatih Kadet Polis juga digalakkan menunjukkan penampilan yang kemas. Ia berikutan Kor Kadet Polis berkait rapat dengan PDRM.Artikel berkaitanAlumni PALAPES UniMAP bantu pegawai kadet tingkatkan kecemerlanganDulu Komander Perbarisan, kini Pegawai Kanan Polis. Tahniah Nuraida Shafiza, kami bangga dengan anda!Penglibatan pelajar dalam unit beruniform lahir pemimpin berwibawa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok