‘PdPR akan diteruskan sehingga 17 Julai’ – Dr Mohd Radzi

Iklan
Untitled design (2)
KUALA LUMPUR - Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan yang sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 16 dan 17 Julai depan mengikut kumpulan negeri masing-masing.Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.Selepas 17 Julai, Dr Mohd Radzi berkata, sekolah akan memulakan Cuti Pertengahan Penggal sehingga 25 dan 26 Julai."Kemudian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan membuat pengumuman seminggu sebelum Cuti Pertengahan Penggal berakhir, bagi menjelaskan sama ada sekolah akan dibuka semula atau tidak, bergantung kepada kes harian dan situasi semasa Covid-19," katanya ketika sidang media khas, pagi ini.