Kenali kata adjektif untuk bantuan pembelajaran di rumah

Iklan
5e027e15-f407-468f-8ff5-6a02ce37d563
Kata adjektif merupakan kata sifat yang menjadi ‘inti’ dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif mampu terbentuk hanya dengan satu kata adjektif sahaja ataupun lebih.Dalam sebaris ayat, kata adjektif sangat mudah untuk dikenalpasti dan seorang pelajar dapat menguasai jenis-jenis kata adjektif yang terkandung dalam sistem tatabahasa.Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu kata adjektif sifatan atau keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif perasaan, dan kata adjektif pancaindera.Penguasaan kata adjektif ini akan membantu pelajar dalam mengenalpasti sesebuah frasa dan ayat yang digunakan.

Berikut GPSBestari kongsikan contoh-contoh kata adjektif sebagai rujukan para pelajar dalam proses pembelajaran di rumah.

1)Kata adjektif sifatan atau keadaanPandai, berani, lemah, baik, curigaContoh ayat: Lelaki itu sungguh berani berhadapan dengan dua orang pencuri di rumahnya.2)Kata adjektif warnaKelabu, merah, hijau, biru, putihContoh ayat: Tolong belikan saya kemeja warna putih untuk temuduga esok.3)Kata adjektif ukuranKerdil, nipis, renek, panjang, besarContoh ayat: Ibu memilih katil yang besar untuk bilik tidur adik.4)Kata adjektif bentukLonjong, leper, bundar, lekuk, bengkokContoh ayat: Matanya yang bundar menjadikan dirinya bertambah cantik.5)Kata adjektif waktuLampau, suntuk, lama, cepat, lewatContoh ayat: Sudah lama dia tidak menziarahi pusara ibunya.6)Kata adjektif jarakRapat, jauh, dekat, hampirContoh ayat: Saya terlalu rapat dengan dirinya.7)Kata adjektif caraLincah, laju, jelas, perlahan, gopohContoh ayat: Kanak-kanak itu terlalu gopoh berjalan sehingga terlanggar tiang.8)Kata adjektif perasaanRindu, segan, benci, gembira, marahContoh ayat: Dia sangat segan untuk bertanyakan soalan.9)Kata adjektif pancainderai)Deria rasaLazat, masam, kelat, payau, lemak.Contoh ayat: Dia tertelan air sungai yang payau itu.ii)Deria dengarMerdu, lunak, nyaring, mersik, garauContoh ayat: Suara gadis itu sungguh lunak didengar.iii)Deria pandangCantik, molek, segak, hodoh, buruk.Contoh ayat: Lelaki itu kelihatan segak dengan berseragam polis.iv)Deria bauWangi, tengik, hanyir, hancing, busuk.Contoh ayat: Kerepek itu terasa tengik.v)Deria sentuhLicin, lembap, lembut, halus, kasar.Contoh ayat: Baju diampaian itu masih lembap.Contoh jenis-jenis kata adjektif di atas adalah kata-kata yang sering digunakan dalam sesebuah penulisan.Sehubungan itu, pelajar perlu menguasai penggunaan kata adjektif ini kerana penguasaan terhadap kata adjektif ini sangat penting bagi mengelakkan terjadinya kekeliruan dalam membina sesuatu ayat.Oleh itu, GPSBestari berharap para pelajar sekolah khususnya adik-adik sekolah rendah dapat menjadikan perkongsian ini sebagai rujukan dalam menyelesaikan masalah adik-adik dalam membina ayat dan frasa adjektif dengan baik.Sumber: Nik Safiah Karim et.al, Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga