Tip menjadi atlet e-sukan yang berjaya

Iklan
1093370
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pernah mengeluarkan kenyataan jumlah peminat e-sukan pada 2016 ialah sebanyak 9.5 juta dan ia telah meningkat kepada 19.8 juta pada 2019.Pertambahan ini mewakili kira-kira 60.7 peratus penduduk Malaysia pada 2019. Ia secara tidak langsung menunjukkan sukan ini semakin diminati dalam kalangan masyarakat hari ini.Jika dilihat pada perkembangan sukan elektronik di negara ini, ia boleh dikatakan agak memberangsangkan.Bermula dengan pertandingan di peringkat tempatan anjuran kelab, ia kemudiannya mendapat tempat pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018.Pada 2018 Malaysia telah menghantar atlet e-sukan ke Sukan Asia di Jakarta, Indonesia dan Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.Melihat akan sambutan yang begitu menggalakkan, maka tidak hairanlah sekiranya ia dipertimbangkan untuk dipertandingkan pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.Hari ini, kerjaya sebagai atlet e-sukan semakin popular dalam kalangan belia apabila ia menjanjikan masa depan yang cerah dan sumber pendapatan bulanan yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit.Jadi tidak hairanlah sekiranya hari ini ramai atlet e-sukan negara terdiri daripada anak-anak muda yang cukup berbakat dalam bidang ini.Fattah Zie, antara atlet sukan elektronik yang berjaya di negara ini. Mengakui bukan mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan atlet-atlet yang telah berjaya, bagaimanapun anak kelahiran Shah Alam, Selangor, ini berkata, segala-galanya mampu diatasi apabila kita mempunyai kesungguhan untuk berjaya.Jom ikuti tip yang dikongsikan Fattah Zie untuk menjadi seorang atlet e-sukan ini.1) Mengikuti pertandingan tempatan