IMAGE 2
IMAGE 2

Kemahiran dan pemikiran yang harus diterapkan oleh Gen Z untuk membina kerjaya

Adlan Farhan Azwan
16 Dec 2021 05:15pm
A
A
A

“Apakah cita-cita anda bila dewasa nanti?”

Pertanyaan itu sering ditanyakan kepada generasi muda. Namun, jawapan kepada soalan ini amat sukar dijawab.

Menjelang 2022, golongan Gen Z yang tertua akan mencapai umur 25 tahun dan generasi internet mula mengambil alih tenaga kerja untuk melakar masa depan mereka sendiri.

Walaubagaimanapun, dalam perjuangan mencari kerjaya yang bersesuaian, majikan masih menekankan pilihan calon dengan kemahiran dan kecekapan yang tinggi bagi organisasi mereka.

Bergantung kepada sektor kerjaya dan profesion yang anda pilih untuk bekerja, mungkin terdapat kemahiran, kebolehan dan pengetahuan spesifik yang diperlukan untuk melaksanakan tugas tersebut.

Dengan jangkaan yang tinggi dan persaingan yang lebih sengit, generasi baru ini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran yang boleh membantu untuk mencapai matlamat.

Mempunyai pengetahuan yang luas tentang pekerjaan dan industri adalah penting, tetapi untuk mempunyai kemahiran tambahan juga boleh dijadikan bonus sebagai pekerja.

Menceburi program latihan industri, sukarelawan atau kerja sambilan dapat memberi anda pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan. Ini juga boleh membantu mewujudkan rangkaian baharu di dalam industri, yang berpotensi sebagai rujukan pekerjaan anda.

Kemahiran kebolehpasaran adalah kemahiran teras yang akan menjadikan diri anda sebagai aset di tempat kerja, tidak kira jenis pekerjaan yang anda ceburi.

BACA JUGA: Kemahiran pengekodan bakal menjadi aset berharga bagi masa depan kanak-kanak

BACA JUGA: Future Skills For All buka peluang bagi pelajar kelainan upaya belajar pengaturcaraan

Anda perlu memanfaatkan pengalaman semasa bekerja untuk menonjolkan kemahiran sedia ada dan bukan sahaja ia akan memberi manfaat kepada anda dalam perkembangan kerjaya tetapi juga bagaimana menghadapi cabaran yang mendatang

1) Meningkatkan kemahiran dan menggilap kemahiran komputer anda untuk kekal di hadapan

Belajar dan meningkatkan kemahiran komputer anda untuk memastikan anda kekal relevan dan
sentiasa dihadapan pesaing lain untuk lebih banyak peluang di masa hadapan

Setelah bergelar seorang pekerja, kemahiran komputer adalah kemahiran yang berharga untuk portfolio peribadi. Kini Malaysia berada di era 5G yang baru, oleh itu ia sangat penting untuk anda mula celikkan diri dengan dunia teknologi.

Hanya dengan mempunyai kemahiran asas yang penting seperti menggunakan Microsoft Office untuk log dan penulisan data atau Adobe untuk kerja kreatif, anda berpeluang untuk dengan bekerja lebih bijak dan cepat.

2) Lihat masa depan anda dengan program latihan industri

Berjumpa dan bekerjasama dengan pelbagai orang dari tempat dan latar belakang yang berbeza untuk membina kemahiran kerja sosial dan kerja berpasukan yang lebih kuat.

Mempunyai ijazah tidak lagi menjadi penanda aras utama untuk memasuki alam pekerjaan. Pengalaman bergerak seiring dengan keputusan ijazah dan juga keputusan peperiksaan.

Dalam membina kerjaya masa depan, latihan industri adalah salah satu langkah pertama untuk membantu calon mendapatkan pengalaman kerja dalam mempersiapkan mereka untuk dunia sebenar.

3) Peroleh pengalaman dan kemahiran secara langsung dengan program latihan industri

Ambil langkah pertama anda dengan program latihan industri untuk melihat kerjaya masa depan anda.

Juga dikenali sebagai program perolehan kemahiran, ia merupakan cara yang sistematik untuk meningkatkan dan memperhalusi pengetahuan serta kemahiran individu dari latihan amali sehingga tuntutan industri dan etika kerja.

Program latihan industri berterusan seperti Malaysians Development Uplift Programme (MDUP) oleh Manforce Group Berhad, penyedia penyelesaian asing pekerja terkemuka di Malaysia ini melancarkan program MDUP pada bulan Februari 2020 sebagai penyelesaian bagi golongan muda untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka melalui latihan industri asas, yang boleh meningkatkan peluang pekerjaan mereka.

4) Sukarelawan untuk memperluaskan rangkaian sosial dan sokongan

Calon-calon yang bersemangat pada sesi taklimat Malaysian Development Uplift Programme
(MDUP) Manforce Group Berhad.

Pengalaman kerja bukan sahaja boleh diperolehi dari alam pekerja profesional, tetapi juga boleh diperoleh daripada berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling.

Kesukarelawanan membolehkan anda membina rangkaian dengan individu dari pelbagai latar belakang dan memperluas rangkaian sokongan anda, melibatkan diri dengan individu orang yang mempunyai minat yang sama dan aktiviti yang menyeronokkan serta memanfaatkan.

Namun, individu yang malu dan sukar bergaul dengan orang baharu boleh meningkatkan kemahiran sosial dan juga membantu anda membina resume dan keperibadian yang kuat untuk menarik perhatian majikan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

5) Memupuk minda dan sikap yang positif

“Stay positive, better days are on their way”.

Dengan semua kemahiran dan pengetahuan di dunia berada dalam genggaman, ia masih tidak dapat mempersiapkan diri anda untuk situasi yang buruk di mana jika anda tidak mempunyai pemikiran yang betul untuk menangani cabaran tersebut.

Melihat kepada keadaan di Malaysia sekarang, ia mungkin satu tugas yang sukar untuk kekal positif.

Berfikiran positif di tempat kerja akan membantu anda kekal bermotivasi dan mudah bekerjasama dengan orang lain kerana ia dapat mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan produktiviti dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Akhir sekali, melangkah ke fasa kehidupan yang baru ia akan sentiasa nampak menarik dan menakutkan pada masa yang sama, namun anda perlu bersiap-sedia untuk menempuh cabaran yang akan datang untuk membantu anda mencapai matlamat anda.

Hal ini kerana matlamat kerjaya bukan sesuatu yang boleh anda capai dalam sekelip mata, bersabar dengan diri sendiri dan sentiasa membuka diri kepada pengalaman baru untuk terus berkembang dalam kerjaya pilihan sendiri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok