Kemiskinan kalangan warga emas

Iklan
Risiko kemiskinan pada usia tua disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang perancangan kewangan. Gambar kecil: Andi Sukmawati.

Warga emas merupakan individu berusia di antara 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa pada tahun 1982.

Had umur digunakan bertujuan sebagai rujukan usia warga emas dalam polisi dan dasar untuk kesejahteraan mereka di Malaysia.

Iklan
Iklan

Pembangunan ini sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat, namun terdapat segelintir masyarakat terutama golongan warga tua yang terabai dan hidup dalam kemiskinan.

Risiko kemiskinan pada usia tua disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang perancangan kewangan. Perkara ini mengakibatkan mereka tidak mempunyai wang simpanan di hari tua.

Iklan

Ia juga isu serius yang perlu diberi keutamaan segera dalam perancangan dasar negara dan pengerahan sumber kerana populasi warga emas kini berjumlah 4.1 juta orang.

Diramalkan angka itu akan meningkat kepada 15.3 peratus menjelang tahun 2030. Dianggarkan juga seramai 2.3 juta atau 56 peratus daripada warga tua di negara kita tidak dilindungi oleh skim pencen kerajaan atau swasta dan skim insurans.

Iklan

Seterusnya, berdasarkan analisis Profesor Madya Dr Zumilah Zainaludin dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi data mikro Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2019, seramai 5,197 warga emas dan sekitar 31.2 peratus berada dalam isi rumah miskin. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 bagi satu keluarga ialah RM2,589, manakala bagi PGK miskin tegar sebanyak RM1,198.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan peratusan ahli KWSP yang mempunyai tahap simpanan rendah kritikal meningkat sebanyak 48 peratus selepas tempoh pandemik Covid-19 berbanding dengan 28 peratus sebelumnya.

KWSP menyasarkan aras simpanan minimum pada umur 55 tahun sebanyak RM240,000 bertujuan menampung perbelanjaan keperluan asas selama tempoh 20 tahun seterusnya.

Namun, berdasarkan statistik sebanyak 6.1 juta pencarum KWSP kini mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

Direkodkan juga lebih tujuh juta atau kira-kira 44 peratus daripada 16.7 juta tenaga kerja di Malaysia tiada caruman KWSP dan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.

Selain itu, hanya 56 peratus yang mendapat perlindungan KWSP yang mana kadar tersebut lebih rendah berbanding purata global yang mana berada pada tahap 68 peratus.

Perkara ini berisiko mendepankan negara kepada tsunami warga emas apabila kemiskinan dalam kalangan warga tua semakin memburuk.

Dengan ini, kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab perlu melalukan sesuatu bagi mengatasi isu kemiskinan dalam kalangan warga emas.

Perlindungan warga emas

Skim Pencen Warga Emas bertujuan melindungi kesemua warga Malaysia berumur 65 tahun dan ke atas yang tidak menerima sebarang pencen kerajaan atau swasta.

Selain itu, ia dapat meningkatkan kualiti hidup warga emas sekali gus membolehkan mereka untuk menjalani usia tua dengan lebih baik. Misalnya, golongan yang layak diberi pencen sebanyak RM500 sebulan.

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan sebanyak RM569,748,840 seramai 143,499 penerima bantuan warga emas pada Ogos 2023. Dengan ini, JKM memperuntukan sebanyak RM300 sebulan bagi warga tua yang layak.

Bantuan yang diberikan JKM amat membantu warga tua untuk membeli barangan keperluan asas, perubatan dan sebagainya.

Pada masa ini, sebanyak 2.4 juta penduduk Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas dan lebih kurang 25 peratus daripadanya ialah penerima pencen kerajaan.

Skim yang dilaksanakan ini memanfaatkan 1.8 juta warga emas dan menelan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM10.8 billion setahun.

Selain itu, langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah kemiskinan dalam kalangan warga emas adalah memperkukuhkan sistem keselamatan sosial warga tua iaitu melalui aspek perubatan. Sebagai contohnya, memberikan pengecualian bayaran perubatan hospital swasta, dan agihan kad perubatan bertaraf kelas pertama.

Selain daripada mewujudkan skim pekerjaan khas kepada warga tua, industri keusahawanan dalam kalangan warga tua juga perlu diperkasa bagi membantu menambahkan simpanan bagi warga tua.

Sebagaimana di negara Jepun, ramai pekerja yang menyantuni penumpang di lapangan terbang adalah warga emas dengan tugas yang ringan misalnya mereka memberi borang, menunjuk arah dan memberikan sapaan mesra selamat datang kepada pelancong.

Selain itu, pemberian skim mikro kredit dengan syarat pembiayaan dilonggarkan bagi membolehkan golongan warga tua mempunyai perniagaan mikro sekali gus membatu mereka bergerak aktif dan bersosial bagi menangani masalah kesunyian.

Golongan warga tua yang mempunyai kemahiran juga boleh melakukan pekerjaan seperti bertukang, melukis atau menjatih untuk menambah sumber rezeki mereka.

Sumbangan yang diberikan mungkin kelihatan kecil, namun begitu ilmu yang mereka sumbangan amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara dan masyarakat.

Perkara ini sekali gus membuka mata golongan muda untuk menjadikan golongan warga emas ini sebagai panduan dan sebagai teladan dalam mencorakkan dasar negara.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Tahun Akhir SM Ekonomi Sumber Alam di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Andi Sukmawati Andi Suming

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my