Semakan tawaran MRSM 2024 mulai 18 Januari

Iklan
Calon-calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara dalam talian pada pautan yang disediakan.

Semakan tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024, Khamis, jam 8 malam.

Menurut MAJLIS AMANAH RAKYAT menerusi laman Facebook pada Rabu, calon-calon boleh membuat semakan tawaran MRSM menggunakan nombor kad pengenalan secara dalam talian di pautan berikut:

Iklan
Iklan

1) Tingkatan Satu: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1

2) Tingkatan Empat: https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4

Iklan

"Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima/tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat tawaran.

"Kegagalan membuat pengesahan adalah dianggap menolak tawaran dan keputusan tawaran muktamad,” ujarnya hantaran itu.

Iklan