Evolusi e-sukan di Malaysia

Iklan
Kini e-sukan mampu menjana pendapatan lumayan kepada para pemainnya. Gambar kecil: Aniq Zikry Hakim.

E-sukan ialah sukan digital menggunakan media elektronik seperti permainan video untuk bersaing secara sihat bersama orang lain.

Ia telah berkembang di seluruh dunia dan kini e-sukan mampu menjana pendapatan lumayan kepada pemainnya.

Iklan
Iklan

E-sukan semakin popular di Malaysia dan negara ini telah melahirkan ramai atlet-atlet yang boleh bersaing di peringkat global. Pelbagai cerita dan rahsia kejayaan atlet e-sukan berjaya didedahkan.

Dengan komuniti permainan yang aktif, infrastruktur kukuh dan sokongan berterusan kerajaan, Malaysia telah menjadi pusat e-sukan global yang berkembang pesat.

Iklan

Permainan video seperti Dota 2, League of Legends, CS:GO, Mobile Legends dan PUBG Mobile mendapat populariti luar jangka di negara ini.

Secara tidak langsung, e-sukan berjaya menarik minat pemain profesional dan kasual dari dalam dan luar negara untuk menyertai kejohanan dan pertandingan secara dalam talian.

Iklan

Liga eSports Malaysia seperti Liga Esports Malaysia (MESL), Selangor Cyber Games (SCG) dan Malaysia Cyber Games (MCG), telah menjadi sangat popular dan menarik perhatian pemain berbakat dari pelbagai negara.

Malah, pelaburan dan bantuan kerajaan telah menyumbang kepada perkembangan ini.

Strategi untuk meningkatkan infrastruktur, pusat latihan dan penganjuran acara telah membolehkan industri e-sukan berkembang.

Kerajaan, perniagaan dan institusi pendidikan telah bekerjasama untuk mendorong perkembangan e-sukan tersebut.

Pengiktirafan e-sukan dalam bidang bukan akademik membuktikan aktiviti sebegini semakin mendapat tempat di hati peminat setianya.

Menggabungkan program yang berkaitan dengan permainan ke dalam kurikulum sekolah bukan sahaja membantu pemain yang bercita-cita tinggi dalam akademik tetapi juga mengajar mereka tentang pelbagai peluang pekerjaan dalam industri e-sukan yang melebihi permainan kompetitif.

Dengan munculnya atlet e-sukan Malaysia seperti Mushi, xNova dan MidOne menunjukkan pengaruh Malaysia dalam e-sukan global semakin meningkat.

Pendapatan tertinggi

Terdapat 1,570 pemain e-sukan Malaysia telah berjaya merangkul $18,932,357.83 USD bersamaan RM88,291,050.74 wang hadiah daripada 1,268 kejohanan.

Permainan atas talian yang memenangi anugerah tertinggi ialah Dota 2 dengan $13,603,408.14 USD bersamaan RM63,439,493.86 dan sebanyak 71.85 peratus pendapatan telah disumbangkan oleh pemain Malaysia.

Yap xNova Jian Wei merupakan pemain Malaysia berpendapatan tertinggi dengan memperoleh hadiah wang tunai sebanyak $2,044,085.72 USD bersamaan RM9,532,593.76 Malaysia dijangka mengukuhkan kedudukan sebagai peserta penting dalam industri e-sukan yang berkembang pesat pada masa hadapan.

Akhir sekali, Malaysia mempunyai banyak peluang untuk berkembang dan maju dalam industri e-sukan kerana ia semakin menjadi peneraju dalam pembangunan sukan digital.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Aniq Zikry Hakim Mohd Zakir dan Siti Daleela Mohd Wahid

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my