Empat perkara wajib dikuasai mahasiswa

Iklan
Sesi bergambar mahasiswa USIM bersama Asmak selepas tamatnya perkongsian University, Where Knowledge or Jodoh is Applied? baru-baru ini.

Setiap mahasiswa perlu bijak mengurus diri sendiri sepanjang tempoh alam universiti.

Ia adalah nasihat daripada penceramah, Ustazah Asmak Husin di hadapan kira-kira 70 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi sesi perkongsian bertajuk University, Where Knowledge or Jodoh is Applied? baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian yang dianjurkan Jawatankuasa Siswa/Siswi Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) itu, Asmak berkata,

empat perkara utama yang perlu dikuasai mahasiswa seperti urus hidup, urus cita-cita, urus cinta dan mengurus kewangan bermula dari zaman belajar.

Iklan

"Kalau awak tidak bermula dari zaman belajar lagi cara nak menguruskan empat perkara ni, kelak umur awak juga semakin meningkat dan banyaklah komitmen perlu dijaga,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Asmak menekankan bahawa setiap mahasiswa perlu ada matlamat dan tujuan yang jelas dalam hidup berlandaskan agama.

Iklan

"Zaman hari ini, awaklah yang bakal menjadi benteng pertahanan negara untuk mempertahankan Islam,” katanya.

Beliau juga berpesan bahawa setiap mahasiswa mesti bijak mengurus masa sepanjang di universiti selain cuba mencari minat dalam banyak kemahiran.

"Awak juga semua kena asah banyak kemahiran seperti soft skills kerana ianya penting untuk kegunaan masa awak bekerja nanti,” tambahnya.

Selain itu, mahasiswa disaran menggunakan kaedah yang betul mengikut ajaran Islam semasa bercinta di zaman universiti.

"Awak semua ini kena jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jangan sampai melanggar syariat ALLAH,” pesan Asmak.