Sistem Padu 2024: Manfaat kepada rakyat

Iklan
PADU merupakan pangkalan data utama negara yang dikatakan lebih selamat dan komprehensif dalam melindungi data negara. Gambar kecil: Siti Nursufizah.

Data rakyat sesebuah negara merupakan perkara penting dan seharusnya dilindungi dengan baik oleh kerajaan bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini di masa hadapan.

Sekiranya data dalam negara tidak dlindungi dengan baik, risau wujudnya masalah seperti penyalahgunaan maklumat peribadi untuk tujuan salah.

Iklan
Iklan

Oleh itu, untuk memastikan data rakyat dilindungi dengan baik, kerajaan kini telah memperkenalkan suatu sistem pangkalan data yang diberi nama Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan awal Januari 2024.

PADU merupakan pangkalan data utama negara yang dikatakan lebih selamat dan komprehensif dalam melindungi data negara.

Iklan

Kepentingan PADU untuk memastikan rakyat layak mendapat manfaat sewajarnya dan tidak tercicir dalam mendapatkan apa-apa bantuan kerajaan seperti subsidi bersasar dan sebagainya.

Ini selaras dengan matlamatnya iaitu memperkasakan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat serta merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyatnya.

Iklan

Banyak manfaat yang boleh rakyat perolehi kesan wujudnya sistem PADU.

Bukan sahaja rakyat dari sudut kerajaan juga turut menerima tempias sama.

Menerusi sistem PADU, rakyat yang selayaknya mendapat bantuan dan subsidi kerajaan akan mendapat hak sewajarnya kerana PADU memfokuskan untuk mengatasi ketirisan akibat pengagihan subsidi yang tidak efisien dalam kalangan rakyat.

Jika sebelum ini, bantuan kerajaan diagihkan hanya melihat kepada pendapatan semata-mata namun dengan adanya sistem PADU, ia melihat keseluruhan maklumat sosio-ekonomi isi rumah seperti bilangan tanggungan dan lain-lain lagi.

Selain itu, menerusi sistem berkenaan, istilah ‘yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin’ tidak lagi releven untuk diguna pakai.

Jika sebelum ini, rakyat golongan miskin cukup terkesan apabila tidak menerima bantuan yang sewajarnya mereka terima, ditambah pula dengan keadaan ekonomi negara yang tidak stabil.

Ini kerana adanya golongan kaya bertindak untuk menyeleweng pendapatan mereka semata-mata mendapatkan bantuan kerajaan.

Tindakan tidak wajar ini tidak patut dilakukan oleh mana-mana rakyat kerana impak yang akan datang amatlah besar terutama sekali kepada rakyat berpendapatan rendah.

PADU 2024

PADU 2024 nampaknya merupakan projek yang bercita-cita tinggi dan berpotensi memberi impak oleh kerajaan untuk memusatkan dan mengintergarsikan pelbagai pangkalan data dan sistem kerajaan.

Matlamat untuk meningkatkan kecekapan, membolehkan perkongsian data dan meningkatkan penggubalan dasar melalui penggunaan data yang lebih baik sememangnya berbaloi.

Walau bagaimanapun, melaksanakan projek penyepaduan skala ini juga membawa risiko dan cabaran yang ketara.

Menggabungkan pelbagai sistem komples yang digunakan oleh agensi berbeza akan menjadi cabaran teknologi maklumat (IT) dan organisasi yang amat sukar.

Secara keseluruhannya, hasrat di sebalik PADU 2024 adalah positif dan kemungkinan memanfaatkan data yang lebih baik untuk menambah baik perkhidmatan kerajaan adalah perkara menarik.

Jika dilaksanakan dengan baik, PADU boleh menjadi model untuk tadbir urus berasaskan data bermanfaat untuk negara.

Oleh itu, kerajaan haruslah memberi tumpuan lebih mendalam dan melihat sejauh manakah sistem sebegini boleh membantu rakyat dan negaranya.

Maklumat Penulis

1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Siti Nursufizah Mohd Jannuar

2) Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my