Pasar Seni atau lebih dikenali Central Market (CM) merupakan destinasi wajib bagi peminat seni dan budaya ketika melancong ke Kuala Lumpur.
Lokasi ini menawarkan pelbagai peluang kerjaya kepada pengiat-pengiat seni tanah air.
Malah ada menyatakan Pasar Seni juga berfungsi sebagai platform penting bagi seniman muda ‘mengaspirasikan’ bakat dalam dunia seni.
Pasar Seni memiliki kelompok peminatnya yang tersendiri dan turut menyumbang kepada ekonomi negara secara konsisten dan signifikan.
Melalui penjualan karya seni, lokasi ini dapat meningkatkan pendapatan para seniman sekali gus menggerakkan sektor ekonomi berkaitan seni.
Pasar Seni mempunyai Pasar Gadis iaitu kumpulan peniaga lokal yang menjual barangan keperluan kaum hawa seperti pakaian, perkakas rumah, aksesori perempuan dan lain-lain lagi.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan dinamik.
Pasar Gadis mula beroperasi pada tahun 2020 di Pasar Seni Kuala Lumpur.
Ketika 2022, mereka melancarkan acara Pasar Gadis yang pertama di sini hingga mendapat sambutan ramai rakyat Malaysia.
Lebih 30 vendor lokal mengambil peluang menyertai dan menjayakan Pasar Gadis pada 10 dan 11 September 2022.
Bagi yang mencari barangan diinginkan, mereka boleh dapati dengan mudah di Pasar Gadis terutamanya jika memilih untuk membeli aksesori, pakaian, sarung telefon dan sebagainya.
Acara Pasar Gadis lebih menumpukan kepada para gadis berbanding lelaki tetapi tidak salah untuk para lelaki mahu mengunjungi Pasar Gadis tersebut.
Terdapat banyak video dimuat naik di aplikasi TikTok menunjukkan ramai memberikan sokongan kepada acara Pasar Gadis.
Malah, video paling mendapat sambutan adalah pemilik akaun @fairryniss yang memperoleh 2.6 juta tontonan dan 5,665 komen.
Pengunjung yang pernah hadir ke Pasar Gadis telah memberi kata positif dalam hantaran di Instagram dan TikTok masing-masing.
Ada juga yang berpendapat agar Pasar Gadis diperbesarkan lagi jumlah vendor supaya lebih ramai mendapat peluang mempromosikan barangan mereka di sini.
Peluang berniaga di Pasar Gadis
Pasar Gadis memberi peluang dan ruang kepada vendor lokal kecil untuk menyertai agar lebih ramai masyarakat mengetahui apa yang mereka jual.
Ia kini telah kembali ke Pasar Seni pada setiap 10 hingga 13 November bagi mereka yang menantikan acara tersebut. Mereka boleh membuat pendaftaran di Instagram @pasargadis jika berminat.
Pasar Gadis amat mengalu-alukan rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan untuk datang ke tempat mereka.
Besar harapan agar lebih ramai peniaga lokal beroperasi di Pasar Gadis nanti.
Maklumat Penulis
1) Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Sarah Najwa Md Amir
2) Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Dr Siti Daleela Mohd Wahid
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my