Jangan tunding jari, selesai secara baik

Iklan
GAMBAR HIASAN

Baru-baru ini tular berita sebahagian besar pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah (di dalam sebuah kelas sahaja) yang dikatakan tidak menjawab salah satu bahagian kertas peperiksaan Sejarah sehingga mendapat sifar.

Pada hemat saya berita sebegini tidak menggambarkan langsung prestasi anak-anak pelajar di sekolah secara amnya.

Iklan
Iklan

Ini adalah kes terpencil, laporannya tidak beretika sebaliknya hanya mengejar ‘viral’ dan boleh dikatakan ‘makan diri’.

Dikaitkan pula sebab tidak menjawab kerana ingin menjadi ‘influencer’. Apa kaitannya hendak menjadi pempengaruh dengan keputusan teruk untuk subjek Sejarah. Bagaimana dengan subjek lain?

Iklan

Benar, mutakhir ini ramai mempersoalkan mutu sistem pendidikan kita apatah lagi dengan tersiarnya berita bahawa ranking kita yang paling corot di antara negara-negara ASEAN untuk tahun 2022 dalam Programme for International Student Assessment (PISA).

Saya sendiri pun tertanya-tanya, apakah ini sahaja standard ukuran yang digunapakai untuk menentukan kedudukan sistem pendidikan kerana setiap negara punya pendekatan yang berbeza malah saban tahun pencapaian pelajar dalam peperiksaaan awam menunjukkan peningkatan.

Iklan

Untuk peperiksaan ACCA umpamanya, pelajar Malaysia boleh muncul ‘top scorer’.

Benar juga kenyataan bahawa remaja masa kini ingin menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh. Jangankan pelajar, guru-guru malah kebanyakan kita pun terfikir untuk menjadi pempengaruh. Adakah itu salah? Tidak sama sekali.

Kita lihat bagaimana suri rumah atau golongan yang tidak berpeluang ke menara gading berjaya memiliki pengikut yang ramai di platform Tiktok.

Malah kanak-kanak pun tidak terkecuali. Pendek kata perlukan ‘effort’ untuk memancing perhatian para peminat di platform media sosial, dan yang paling senang untuk jadi terkenal ialah menerusi Tiktok.

Dalam pada itu, Sejarah adalah subjek yang tidak mengalami penambaikan yang ketara dari segi silibus. Dari zaman KBSR/KBSM sehingga kini, kontennya adalah hampir sama, mungkin direlevankan dengan konsep-konsep kerajaan yang memerintah.

Justeru, jika subjek tersebut tidak menarik perhatian para pelajar, ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa.

Malah ia adalah masalah minat yang merentasi zaman. Isu pelajar dapat kosong memang sudah muncul dari zaman peperiksaan mula diperkenalkan. Bukanlah sesuatu yang baharu.

Justeru, guru-guru memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik minat. Bak kata seorang guru Sejarah, jangan kerana UPSR dan PT3 dimansuhkan guru-guru sudah tidak tahu bagaimana untuk mengajar, memberikan motivasi dan mencambahkan minat pelajar melalui pelbagai kaedah pdp.

Bukankah sejak zaman COVID, guru-guru dah mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran?

Walaupun sudah balik ke era bersemuka, kaedah pengajaran yang berbentuk visual masih relevan untuk subjek Sejarah malah sepatutnya pencapaian pelajar semakin baik.

Untuk guru-guru yang option pengajarannya bukan Sejarah, tetapi diminta mengajar subjek Sejarah kerana masalah kekurangan guru di sekolah, tiada masalah. Zaman sekarang semua boleh. Tinggal lagi mahu atau tidak mahu sahaja.

Jangan asyik salahkan sistem pendidikan dan silibus semata-mata (bukan semua subjek ada isu silibus yang standardnya terlalu tinggi), usah salahkan anak-anak kita yang nak jadi pempengaruh, hakikatnya setiap kita, baik guru, pelajar mahu pun ibu bapa masih terus berbahas dan menyalahkan satu sama lain tanpa mencari kaedah penyelesaian.

Yang teruk akan bertambah teruk. Apatah lagi Sejarah adalah subjek wajib lulus dalam SPM.

Subjek lain seperti matematik tambahan atau matematik pun ramai yang gagal, tapi tiada pula dipolemikkan. Sudah sampai masanya untuk kita bertindak, bukan mencari konten yang membuka pekung di dada.

Matlumat penulis

Dr. Shamshina Mohamad Hanifa

Pensyarah Undang-undang

Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)