Tiada lagi peperiksaan Jumaat, Sabtu dan Ahad

Iklan
Perubahan jadual bertujuan membolehkan calon menghadiri program keagamaan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Gambar kecil: Wilfred.

"Beberapa kali juga saya bawa perkara ini ke Parlimen untuk mendapatkan pertimbangan kerajaan.

"Memang ia bukan mudah dan perlu lalui beberapa cabaran.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju dengan cadangan yang saya kemukakan pada 2021,” kata Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkenaan perubahan jadual bagi peperiksaan SPM 2023.

Menurut beliau dalam satu kenyataan pada Rabu, perubahan jadual bertujuan membolehkan calon menghadiri program keagamaan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Iklan

Katanya, calon beragama Islam menunaikan solat Jumaat, manakala pelajar Kristian Seventh Day Adventist (SDA) ke gereja pada Sabtu serta pelajar Kristian Roman Catholic dan Protestan hari Ahad.

Sambung beliau lagi, jadual peperiksaan SPM yang tidak lagi jatuh ketiga-tiga hari beribadah adalah seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu ke arah mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Iklan

Malah, penjadualan semula SPM itu juga adalah untuk memupuk pelajar menjiwai prinsip rukun negara yang dimulakan dengan Kepercayaan Kepada Tuhan.

Seramai 38,778 calon berdaftar menduduki SPM seluruh Sabah membabitkan 315 pusat peperiksaan, manakala petugas peperiksaan pula terdiri daripada 2,448 orang.