Bekalan makanan industri pertanian

Iklan
Kemampuan AI mampu untuk memberikan manfaat dalam konteks pertanian. Gambar kecil: Aliharahap.

Pertanian ialah aktiviti manusia yang melibatkan penternakan dan penanaman tumbuhan untuk menghasilkan makanan, makanan haiwan, serat dan pelbagai produk pertanian lain.

Kepentingan utama pertanian adalah untuk memenuhi keperluan manusia bagi makanan dan bahan mentah lain.

Iklan
Iklan

Aktiviti pertanian merangkumi pelbagai aspek antaranya adalah seperti penanaman tanaman, penternakan, perikanan dan perhutanan.

Namun, pada era modenisasi pada masa kini, kemajuan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) amatlah penting dalam semua sektor khususnya dalam sektor pertanian yang menunjukkan kesan positif yang ketara terhadap produktiviti dan kecekapan dalam sektor bekalan makanan.

Iklan

AI merujuk kepada keupayaan mesin atau komputer dalam melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan tenaga manusia dan kemampuan AI mampu untuk memberikan manfaat dalam konteks pertanian.

Penggunaan AI dalam industri pertanian mempunyai potensi besar dalam meningkatkan produktivitinya.

Iklan

Peningkatan produktiviti adalah melalui penganalisa data yang lebih mendalam melalui penggunaan AI.

Hal ini kerana, sistem AI berupaya dalam menilai cuaca, tanah dan kelembaban.

Sistem AI boleh menawarkan cadangan yang lebih baik untuk masa penanaman, penggunaan baja dan pengairan yang betul yang akan meningkatkan hasil pertanian.

Di samping itu, AI juga berupaya dalam memantau kesihatan tanaman dengan melihat data sensor atau gambar visual.

Ini membolehkan petani mengesan gejala penyakit, hama atau kekurangan nutrisi terhadap tanah dengan cepat untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Bukan itu sahaja, AI juga dapat menganalisis data genetik. Ini mampu membantu petani dalam membuat pilihan dalam memilih jenis tanaman yang paling sesuai terhadap keadaan pertanian mereka.

Hal ini membolehkan ketahanan tumbuhan terhadap keadaan persekitaran tertentu dan hasil tanaman yang lebih baik.

Oleh itu, dengan memanfaatkan AI dalam menganalisis data terhadap pertanian dapat membantu petani membuat keputusan yang lebih bijak dan melahirkan sistem pengurusan yang lebih bijak dan cekap bagi keseluruhan proses dan aktiviti pertanian yang dijalankan.

Hal ini secara tidak langsungnya dapat meningkatkan produktiviti dan daya tahan pertanian.

Bantu petani

AI juga mempunyai kepentingan dalam membantu petani merespons dengan lebih pantas terhadap sebarang perubahan.

Sistem AI mampu menyediakan sistem pemantauan yang baik yang membolehkan petani dapat bertindak balas dengan lebih cepat terhadap sesuatu keadaan yang berubah.

Sebagai contoh seperti perubahan dalam keadaan cuaca dan perubahan dalam keperluan pertanian.

Dengan adanya sistem AI dalam sektor pertanian, AI boleh memberikan maklumat yang lebih tepat mengenai perubahan cuaca yang boleh menjejaskan aktiviti pertanian.

Maklumat terhadap perubahan cuaca ini sangat penting dalam membantu petani merancang tindakan dan bertindak balas terhadap perubahan cuaca yang tidak dijangka.

Selain daripada perubahan cuaca, sistem AI juga berupaya menyumbang kepada pemantauan dan pengurusan pertanian yang cekap dengan menggunakan penderia bagi memberikan cadangan segera mengenai pembajaan dan pengairan sekiranya terdapat perubahan dalam keperluan tanaman atau keadaan tanah.

Sistem AI dapat memberi amaran kepada petani untuk mengesan perubahan ketara dalam keadaan tanah atau tanaman, seperti kemarau atau kekurangan nutrisi yang boleh memberi amaran kepada petani melalui platform yang sesuai.

Oleh itu, dengan memahami keadaan perubahan cuaca dan perubahan dalam keperluan tanah dan tanaman membolehkan petani menyesuaikan kaedah pertanian mereka bagi mengoptimumkan hasil dan meningkatkan kecekapan serta dapat mengoptimumkan penggunaan sumber.

Seterusnya, kepentingan kemajuan AI terhadap produktiviti bekalan makanan dalam industri pertanian adalah dapat mengurangkan kos produk.

Melalui pengoptimumnan penggunaan air dan baja, petani dapat mengurangkan kos pengeluaran dengan lebih baik. Hal ini kerana sistem AI berupaya membantu petani dalam membuat keputusan dalam mengurangkan pembaziran sumber serta meningkatkan kecekapan operasi yang pada akhirnya mampu membantu petani mengurangkan kos pengeluarannya.

Sistem AI boleh digunakan dalam menganalisis sejumlah besar data untuk mendapatkan pandangan mendalam tentang arah aliran dan corak dalam pengeluaran pertanian.

Dengan memahami faktor yang mempengaruhi hasil dan kecekapan membolehkan petani membuat keputusan yang lebih baik untuk mengurangkan kos pengeluaran.

Bukan itu sahaja, penggunaan AI memberi sumbangan kepada penggunaan teknologi moden, terutamanya penggunaan jentera moden dan mesin padi semasa proses menuai, membajak, menanam dan sebagainya membolehkan tanah dapat diusahakan dalam skala yang besar dengan lebih mudah di samping dapat menjimatkan masa.

Kurangkan kos buruh

Penggunaan peralatan berteknologi dapat mengurangkan kos buruh kerana buruh manual dapat dikurangkan dalam proses pengeluaran.

Selain daripada itu, sistem AI boleh mengelakkan lebihan stok yang boleh menyebabkan pembaziran produk yang telah tamat tempoh.

Pengurusan inventori yang baik dapat mengurangkan risiko kerosakan atau kehilangan produk malah sistem AI juga boleh melaksanakan pemantauan terhadap inventori seperti menggunakan teknologi RFID.

AI berupaya meramalkan permintaan produk masa hadapan dengan menggunakan analisis data yang komprehensif. Ini akan menjadikan pengurusan inventori akan lebih cekap dan mengelakkan berlakunya lebihan inventori atau kekurangan inventori yang boleh menjejaskan pengeluaran.

Bukan itu sahaja, kemajuan AI juga telah membantu manusia dalam mengubah cara penyimpanan dan pembungkusan dilakukan.

Hal ini telah membantu manusia dalam mengawetkan hasil pertanian tersebut dan bahan lain yang bertujuan untuk disimpan bagi jangka masa yang lebih lama.

Lebih-lebih lagi terdapat banyak peranti atau peralatan yang telah dibangunkan pada zaman moden ini untuk memudahkan lagi proses penyimpanan dan pembungkusan dilakukan.

Sebagai contoh, penggunaan peti sejuk boleh memastikan hasil pertanian disimpan untuk tempoh masa yang lebih lama.

Bukan itu sahaja, penggunaan vakum untuk menghasilkan pembungkusan vakum juga boleh membantu mencegah bakteria atau mikroorganisma daripada membiak yang boleh merosakkan hasil tanaman.

Akhir sekali, penggunaan teknologi dalam sektor pertanian dapat membantu dalam pemuliharaan sumber semula jadi seperti air dan tanah.

Melalui penggunaan teknologi, amalan pertanian akan menjadi lebih mampan seterusnya akan dapat meningkat kualiti tanah.

Bukan itu sahaja, hakisan tanah dapat dibendung serta penggunaan air dapat dioptimumkan.

Jelaslah teknologi mampu dalam melaksanakan amalan pertanian yang boleh mengurangkan hakisan tanah.

Sebagai contoh, teknologi pembajakan atau bukan pembajakkan telah menghasilkan peralatan dan jentera yang mengurangkan gangguan tanah yang dapat mencegah daripada terhasilnya hakisan tanah yang boleh merosakkan kesuburan tanah.

Kesan potensi pencemaran

Seterusnya, teknologi juga membantu dalam mengesan potensi pencemaran akibat daripada penggunaan baja atau racun perosak yang berlebihan.

Melalui fungsi ini, langkah awal dapat diambil untuk mencegah pencemaran tersebut serta dapat mengekalkan kualiti air.

Kesimpulannya, jelaslah AI mempunyai keupayaan untuk memberikan manfaat yang besar kepada negara dalam bidang pertanian yang merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Perkembangan ini memberikan sumbangan yang besar kepada sektor pertanian dalam negara.

Sebagai ahli masyarakat, kita perlu menghargai dan mempelajari sumbangan ini agar faedahnya dapat dinikmati secara bersama.

Maklumat Penulis

1) Mahasiswa Tahun Akhir, Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Aliharahap Zazali

2) Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my