Ekonomi gig seiring media sosial

Iklan
Gambar kecil: Nursyakirah.

Dalam era pendigitalan ekonomi, ekonomi gig menjadi sumber pertumbuhan utama dan banyak mempengaruhi penyusunan semula kegiatan ekonomi dan pekerjaan ke arah mencapai ekonomi yang lebih mampan.

Kemunculan ekonomi gig ini seiring perkembangan media sosial. Orang ramai mula menggunakan rangkaian sosial pada tahun 1990-an dan terus berkembang sehingga revolusi industri 4.0 hari ini, yang membawa kepada anjakan paradigma yang secara ketara mengubah cara orang ramai berkomunikasi dengan cara yang lebih konvensional.

Iklan
Iklan

Tidak hairanlah jika anak muda lebih cenderung kepada ekonomi gig kerana kebolehan mereka untuk mengendalikan teknologi dan memiliki daya kreativiti tinggi yang dapat menyumbang kepada kepesatan ekonomi gig.

Ekonomi gig dijangkakan akan terus kekal dalam pasaran dan bakal menjadi sebahagian daripada model ekonomi yang wujud atas dasar ‘kecemasan’, contohnya di kala pandemik atau krisis ekonomi.

Iklan

Sesetengah sektor dalam ekonomi gig tidak memerlukan kemahiran atau kelayakan akademik tertentu. Mereka juga menikmati waktu kerja anjal dan bebas untuk memilih jenis pekerjaan.

Ekonomi gig adalah pilihan pekerjaan yang bergantung pada kontrak jangka pendek atau freelancing dan disokong oleh aplikasi teknologi.

Iklan

Kebangkitan ekonomi gig adalah setanding dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Fokus utama kemajuan ekonomi negara membabitkan ekonomi digital mula diterapkan dalam Bajet 2020.

Selain itu, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) secara khusus menekankan pembangunan ekonomi gig sebagai aspek yang diketengahkan dalam dimensi ekonomi baharu.

Ekonomi gig sudah mula kelihatan kesannya di Malaysia terutamanya di sekitar Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya. Antara perkhidmatan yang cukup popular melibatkan sharing economy ini adalah perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grab Food dimana masyarakat menggunakan peluang ini untuk mencari pendapatan mereka sendiri sama ada dari segi kerja sambilan ataupun sepenuhnya. Secara dasarnya, ekonomi gig menawarkan kehidupan alternatif kepada semua.

Sebenarnya, ekonomi gig bukanlah sesuatu yang baharu. Konsultan dan pekerja bebas lain telah lama wujud. Disebabkan peranan teknologi, ia mula menjadi trend global yang penting.

Kemerosotan teknologi telah dianggap sebagai disruptive innovation dan membuka pintu kepada pekerjaan yang berorientasikan gig yang lebih mudah untuk kebanyakan orang.

Istilahnya diperkenalkan oleh Tina Brown pada 2009 iaitu selepas kemelesetan ekonomi global. Investopedia mentakrifkannya sebagai flexible jobs are common places and companies tend towards hiring independent contractors and freelancers instead of full-time employees.

Dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, perubahan dalam budaya kerja di Malaysia akan berlaku. Pekerja tidak lagi terikat dengan persekitaran pejabat korporat dan boleh bekerja dimana sahaja. Industri platform freelancing turut terus berkembang dan fokus terhadap pasaran tempatan.

Mereka yang berkemahiran akan terus menikmati keuntungan diatas kematangan pasaran dan masyarakat tentang budaya kerja semasa.

Terpalit isu

Namun, ekonomi gig tidak terkecuali daripada kesan negatif. Walaupun kerajaan sekarang kurang memahami ekonomi kerana tumpuan mereka terhadap permainan politik, isu ini telah dibangkitkan di Parlimen untuk mencari cara paling berkesan untuk melindungi pekerja gig.

Pekerja gig telah berdepan dengan pekerjaan yang dipengaruhi oleh permintaan dan bekalan yang turun naik serta perlu berhadapan dengan persaingan daripada pekerja-pekerja gig lain di peringkat domestik dan global dan berkemungkinan digantikan dengan automasi atau kecerdasan buatan (AI).

Menurut laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinyatakan bahawa ekonomi gig telah mengalami kadar pertumbuhan yang ketara sebanyak 31 peratus di Malaysia berbanding pekerjaan konvensional pada tahun 2017.

Kerajaan telah membentangkan pelan pemulihan jangka pendek (Penaja) dan memperuntukkan RM75 juta untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan menjaga kebajikan pekerja ekonomi gig.

Peruntukan sebanyak RM50 juta telah disalurkan di bawah dua program iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SEEIS) di bawah PERKESO dan Skim i-Saraan di bawah KWSP.

Oleh itu, perkara ini adalah penting untuk memberi pertimbangan yang sewajarnya. Ia kerana ekonomi gig membawa banyak kelebihan kepada masyarakat, ekonomi serta negara bukan sahaja pada masa kini, tetapi juga di masa akan datang.

Kerajaan menerusi institusi kewangan juga boleh membantu perkembangan pekerja gig menerusi kaedah baharu untuk mengenal pasti skor kredit bagi membolehkan mereka mendapat pembiayaan mikro kredit untuk mengembangkan perniagaan.

MDEC merupakan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan beberapa program yang mempromosi dan menggalakkan penggunaan model Ekonomi Gig atau Ekonomi Perkongsian sejak 2015 seperti program eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW).

Berdasarkan data pelaksanaan program, dianggarkan terdapat seramai 1.12 juta individu yang terlibat dalam model Ekonomi Gig, mengambil peluang menjana pendapatan sama ada sebagai pendapatan tambahan atau pendapatan utama.

Kejutan ekonomi gig di era digitalisasi sangat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Penerimaan rakyat terhadap ekonomi gig menjadi penyumbang utama syarikat-syarikat besar untuk terus bertahan dan berdiri kukuh dalam jangka masa yang panjang.

Model perniagaan dalam ekonomi gig lebih bertumpu kepada pengguna dan perubahan perniagaan juga sering didorong oleh permintaan pengguna.

Komposisi pengguna dalam ekonomi gig juga merangkumi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan gig serta peniaga dan vendor yang berkhidmat dalam perkhidmatan gig.

Pengguna di zaman ini banyak menggunakan laman sosial seperti Twitter, Facebook dan lain-lain untuk bersuara, berkongsi pandangan serta mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk dan perkhidmatan.

Sentimen daripada netizen telah memperlihatkan kepentingannya terhadap pertumbuhan ekonomi gig. Pemerkasaan dan pembangunan ekonomi perkongsian ini dengan memanfaatkan saluran digital secara menyeluruh adalah wajar terutama bagi golongan yang telah kehilangan hak sebagai pengguna.

Selain itu, keperluan untuk pembinaan kekuatan dan keteguhan syarikat-syarikat yang terlibat dengan ekonomi gig, pengawal seliaan hak dan kepentingan pekerja dan pengguna serta pengoptimuman penggunaan teknologi digital adalah antara perkara penting yang perlu dilihat dan dititikberatkan oleh penggubal polisi negara.

Menurut Indeks Ekonomi Gig Global, Amerika Syarikat menduduki tempat pertama di antara sepuluh pasaran freelancing yang berkembang pesat dengan pertumbuhan hasil sebanyak 78 peratus. United Kingdom menduduki tempat kedua dengan pertumbuhan sebanyak 59 peratus, manakala Filipina menduduki tempat keenam di Asia dengan pertumbuhan sebanyak 35 peratus dan India menduduki tempat ketiga dengan pertumbuhan sebanyak 29 peratus.

Oleh itu, persepsi positif tentang ekonomi gig mesti ditanam dalam masyarakat Malaysia, terutamanya memandangkan pekerjaan boleh dilakukan di mana-mana dengan kemudahan teknologi.

Kesimpulannya, ekonomi gig di Malaysia yang semakin terkenal menyebabkan berlaku perubahan yang ketara dalam ekonomi negara.

Pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan terus meningkat, masyarakat dapat menambahkan hasil pendapatan serta kadar pengangguran semakin berkurang.

Terdapat kesedaran yang semakin meningkat mengenai pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian platform ekonomi gig dalam pasaran yang boleh memudahkan mereka dalam perjalanan pendigitalan mereka.

Pelajar Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nursyakirah Afifah

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my