Harga barangan stabil, rakyat pasti makmur

Iklan
Krisis global juga merupakan punca kepada kenaikan harga barangan keperluan asas. Gambar kecil: Nik Muhammad Ariff.

Isu kenaikan harga barangan keperluan asas bukanlah satu fenomena yang baharu berlaku pada hari ini.

Kenaikan harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging, beras, minyak masak dan gula biasanya berlaku disebabkan oleh peningkatan taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri.

Iklan
Iklan

Ia menyebabkan berlakunya masalah terhadap pendapatan penduduk terutama kuasa beli mereka menurun dan taraf hidup terjejas.

Walau bagaimanapun, perkembangan ekonomi yang tinggi di Malaysia berjaya meningkatkan pendapatan secara umumnya tetapi perubahan ekonomi dunia mewujudkan fenomena inflasi.

Iklan

Krisis global juga merupakan punca kepada kenaikan harga barangan keperluan asas. Krisis global seperti krisis ekonomi di negara-negara utama, ia dapat mengganggu rantai bekalan makanan dan perdagangan antarabangsa antara negara.

Kebergantungan negara terhadap import barang dari luar negara boleh menyebabkan harga naik kerana peningkatan kos pengangkutan dan kekurangan bekalan. Sebagai contoh, konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan harga tepung gandum dunia meningkat dengan mendadak kerana peratusan eksport tepung gandum dari kedua-dua negara tersebut adalah tertinggi di dunia.

Iklan

Peniaga juga tidak terkecuali dari terkesan dengan kenaikan harga ini.

Kenaikan yang diumumkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bahawa ia sebagai satu langkah penyelarasan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kenaikan harga beras import menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan meningkat. Kenaikan harga beras putih import memberi manfaat juga kepada industri padi dan beras negara kerana ia telah mendorong peningkatan permintaaan pengguna kepada beras putih tempatan.

Kenaikan harga beras putih import di seluruh negara susulan penyelarasan harga yang dibuat oleh Bernas, menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan.

Antara langkah untuk mengatasi isu ini adalah kerajaan perlu meningkatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran dengan meminta pengilang padi zon utara meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus dan memberikannya kepada kerajaan melalui Bernas.

Dengan ini, stok beras akan mengcukupi untuk penduduk dan harganya juga murah.

Pihak kerajaan mestilah menetapkan harga siling dan pemantauan secara kerap oleh pihak berkuasa. Kaedah pengawalan harga ini telah pun diasimilasikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

Penetapan harga siling pada bekalan makanan seperti minyak masak, roti, gula dan tepung cukup signifikan bagi membantu meringankan beban kewangan penduduk.

Pemantauan dan tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa terhadap peniaga perlu dipertingkatkan.

Tidak dinafikan bahawa media massa juga memainkan peranan yang dominan dalam menangani masalah ini. Media massa menjadi saluran informasi terkini bagi mendedahkan isu kenaikan harga barangan serta masalah kekurangan bekalan makanan di pasaran kepada masyarakat.

Berita tersebut disampaikan menerusi kaca televisyen, iklan, surat khabar, majalah dan internet. Dengan itu, masyarakat dapat membuat persediaan awal dalam menghadapi kemelut tersebut.

Senarai barangan kawalan juga harus didedahkan kepada masyarakat untuk pengetahuan pengguna, terutamanya semasa hari perayaan. Misalnya, barang-barang yang disenaraikan sebagai barang kawalan adalah seperti daging, ayam, gula, telur ayam, tepung dan sebagainya.

Kesannya, masyarakat akan menjadi lebih berpengetahuan dan mampu menjadi pengguna yang bijak serta tidak mudah diperdaya oleh peniaga.

Secara tuntasnya, kenaikan harga barangan keperluan asas bukanlah isu yang asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia dapat memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat tempatan.

Namun, hal ini tidaklah dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan. Pelbagai langkah penyelesaian yang diambil oleh pelbagai pihak bagi memastikan harga barangan tersebut terkawal.

Diharapkan isu kenaikan harga barangan keperluan asas ini diperbaik agar menjamin kesejahteraan ekonomi negara.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Tahun Akhir Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nik Muhammad Ariff Mohd Azmi

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my