Jam sudah menghampiri 1 pagi, namun kelibat kanak-kanak jalanan bermain basikal mahupun berlarian sambil ketawa riang selain ada yang melepak di tempat letak kereta berhadapan restoran mamak di Lorong Haji Taib 2, merupakan pemandangan biasa di sini.
Bagi masyarakat luar yang melihat sisi kehidupan kanak-kanak sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, tidak mustahil ada berpandangan bahawa komuniti ini tidak mempunyai masa depan cerah, liar, tiada arah tuju mahupun mampu untuk melakar kejayaan.
Walhal, kanak-kanak ini bukan sahaja mempunyai disiplin yang baik tetapi juga bijak serta ada dalam kalangan mereka berjaya diterima masuk ke menara gading sekali gus membuktikan komuniti di situ juga mampu untuk 'terbang' lebih tinggi.
"Disiplin kanak-kanak ini sangat bagus, misalnya ketika menyanyikan lagu Negaraku, mereka begitu tertib berdiri tegak selain menjaga adab dan tatasusila apabila berkomunikasi. Selama ini, mereka hanya melihat orang lain bersekolah dan mereka tidak berpeluang," kata Pengetua Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Zamzuri Abdullah kepada Bernama.
Pengetua SBJK yang sudah lima bulan berkhidmat di sekolah itu mendapati anak-anak sekitar Chow Kit ini tidaklah sepertimana digambarkan sesetengah pihak selepas mendekati dan melihat sendiri semangat mereka yang komited untuk berubah bahkan mempunyai impian tersendiri.
Ini dapat dilihat apabila jumlah ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan telah jauh meningkat berbanding sebelum ini, selepas 10 tahun penubuhannya sekali gus membuktikan komitmen mereka memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan.
Namun begitu, langkah murni kerajaan menubuhkan SBJK untuk komuniti anak-anak sekitar Chow Kit bagi memastikan tidak tercicir daripada sistem pendidikan masih tidak mencukupi sekiranya mereka tidak dibantu mendapatkan dokumen pengenalan diri berpunca daripada kecuaian ibu bapa yang gagal mendaftarkan kelahiran anak mereka.
"Dulu ibu bapa risau jika mereka perlu bayar yuran selain ada juga yang bimbang jika anak diambil dan diserahkan kepada pihak lain (tiada dokumen kerakyatan) tetapi sekarang tidak lagi. Namun kini, yang kekal menjadi cabaran utama adalah mendapatkan dokumen pengenalan diri.
"Jika aspek ini tidak dibantu, pelajar cemerlang ini juga tidak dapat ke mana-mana. Misalnya, ke peringkat universiti dan seterusnya mendapat pekerjaan bagi mencapai matlamat membawa mereka keluar dari kehidupan gelap," katanya sambil menambah ketika ini SBJK yang terletak di Chow Kit memiliki 152 murid dan pelajar berumur empat hingga 19 tahun, majoritinya tiada dokumen pengenalan diri, yatim piatu, gelandangan mahupun menghadapi masalah sosial.
Situasi ini tidak boleh dipandang enteng memandangkan sebelum ini terdapat pelajar cemerlang lepasan sekolah itu berhadapan kesukaran memohon kemasukan ke insititut pengajian tinggi awam (IPTA) yang perlu dilakukan secara dalam talian disebabkan tiadanya dokumen pengenalan diri.
Penerimaan IPTA
Tidak mahu mensia-siakan kebolehan serta kecemerlangan pelajar itu, pihak SBJK dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa mengambil inisiatif berjumpa pihak universiti untuk membentangkan potensi, keputusan peperiksaan pelajar bagi mendapatkan permohonan kemasukan istimewa.
"Alhamdulillah, pelajar itu akhirnya diterima dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selain kami juga ketika ini berusaha untuk memohon mendapatkan dokumen pengenalan diri daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tempoh pengajiannya berlangsung," katanya.
Ini antara yang bernasib baik dapat dibantu, akan tetapi bagaimana pula sekiranya ada terlepas pandang dan kerana itu, usaha membantu kanak-kanak ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin memandangkan mereka adalah 'mangsa keadaan'.
Kedangkalan ibu bapa yang gagal mendaftarkan kelahiran anak-anak ini antaranya disebabkan tidak berpengetahuan mengenai prosedur pendaftaran, tidak mengambil berat akan kepentingannya selain takut sekiranya didenda dan ditangkap pihak berkuasa.
Lebih membimbangkan menurut Zamzuri, sekiranya nasib anak-anak yang tidak meneruskan pelajaran disebabkan ketiadaan dokumen akan memburuk disebabkan kawasan itu merupakan lubuk kepada pelbagai masalah moral mahupun jenayah.
"Mereka mungkin boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak contohnya, gangster yang boleh menarik pelajar tersebut terlibat dengan jenayah merompak, membunuh dan mungkin menjadi pengedar dadah disebabkan pengaruh sekeliling.
"Ataupun ditindas oleh majikan yang tidak membayar gaji setimpal disebabkan tiadanya dokumen pengenalan diri dan bagaimana mereka boleh buat aduan? Situasi dimanipulasi tentunya akan membuat mereka tertekan dan berkemungkinan mengambil jalan hidup gelap," katanya.
Bukan itu sahaja, ibu bapa yang ditemui turut menyuarakan kebimbangan akan persekitaran di situ sekali gus menginginkan anak mereka keluar daripada kehidupan berkenaan dan dimasukkan ke mana-mana sekolah berasrama walaupun impian itu mungkin agak sukar.
"Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membantu mereka mendapatkan dokumen pengenalan diri kerana itu menjadi penghalang buat mereka untuk terbang lebih tinggi. Jika tidak ada dokumen, bagaimana mereka mahu mencari rezeki?
"Nak buka akaun pun tidak boleh. Kalau tidak dibantu, kemungkinan mereka akan balik semula ke tempat asal (lorong gelap sekali gus sukar untuk menoktahkan kemiskinan diwarisi)," katanya.

Antara kanak-kanak jalanan yang menjadikan kaki lima bangunan sebagai tempat berteduh di Chow Kit dan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.
Penerimaan IPTA
Tidak mahu mensia-siakan kebolehan serta kecemerlangan pelajar itu, pihak SBJK dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa mengambil inisiatif berjumpa pihak universiti untuk membentangkan potensi, keputusan peperiksaan pelajar bagi mendapatkan permohonan kemasukan istimewa.
"Alhamdulillah, pelajar itu akhirnya diterima dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selain kami juga ketika ini berusaha untuk memohon mendapatkan dokumen pengenalan diri daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tempoh pengajiannya berlangsung," katanya.
Ini antara yang bernasib baik dapat dibantu, akan tetapi bagaimana pula sekiranya ada terlepas pandang dan kerana itu, usaha membantu kanak-kanak ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin memandangkan mereka adalah 'mangsa keadaan'.
Kedangkalan ibu bapa yang gagal mendaftarkan kelahiran anak-anak ini antaranya disebabkan tidak berpengetahuan mengenai prosedur pendaftaran, tidak mengambil berat akan kepentingannya selain takut sekiranya didenda dan ditangkap pihak berkuasa.
Seorang pelajar SBJK melakukan mural ketika ditemui di SJBK baru-baru ini.
Iklan