342 inovasi sertai PIITRAM 2024

Iklan
Urus setia pelajar dari Pusat Tamhidi USIM menunjukkan pingat dan piala anugerah khas PIITRAM 2024 yang menjadi rebutan para peserta.

Sebanyak 342 produk inovasi dibawa ke Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi 2004 (PIITRAM 2024) di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Daripada jumlah itu, 224 penyertaan datang daripada penglibatan asasi universiti awam, 113 kolej matrikulasi dan lima politeknik (asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Iklan
Iklan

PIITRAM 2024 yang bermula Jumaat dan Sabtu (23 dan 24 Februari 2024), dinaungi Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam adalah pertandingan peringkat kebangsaan yang mengetengahkan bakat pelajar asasi dan matrikulasi dalam inovasi.

Ia juga adalah medan menghasilkan reka cipta berteraskan pendekatan interdisiplin dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Iklan

Pengarah PIITRAM 2024, Mohamad Hazwan Abdul Rahman berkata, pertandingan tersebut wadah terbaik menimba ilmu, menyebarluaskan pengalaman, memantapkan kreativiti dan menjadikan inovasi sebagai tunjang pendidikan khasnya dalam STEM.

"PIITRAM mampu menyuntik motivasi dan menambah minat pelajar asasi dan matrikulasi untuk menceburi bidang STEM akan datang.

Iklan

"Harapan saya agar PIITRAM terus unggul dalam membudayakan inovasi dalam kalangan pelajar” ujarnya.

Selain penglibatan pelajar, PIITRAM 2024 turut memberi peluang kepada kakitangan akademik dan pentadbiran untuk menonjolkan dan mengetengahkan inovasi yang dibangunkan masing-masing.

Sementara itu, Pusat Tamhidi USIM (selaku tuan rumah PIITRAM 2024) dengan kerjasama FaSTLAB dan Akademi Sains Malaysia (ASM) tidak ketinggalan menganjurkan Program Jom STEM sempena PIITRAM 2024.

Program tersebut menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang dikhususkan kepada pelajar sekolah.