Pengaruh pendidikan terhadap pertumbuhan ekonomi

Iklan
Modal manusia yang dihasilkan melalui pendidikan adalah aset penting kepada sesebuah negara. (Gambar hiasan)

Pendidikan bukan sahaja berlaku di sekolah atau perguruan tinggi tetapi boleh berlaku di mana sahaja dan sepanjang kehidupan seseorang.

Pendidikan bertujuan untuk membantu orang ramai mencapai semua potensi mereka bagi menjadi masyarakat yang cerdas, produktif, dan bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Pendidikan terdiri daripada pengetahuan akademik, kemahiran praktikal, kecerdasan emosi, nilai moral dan nilai sosial.

Individu yang terlibat dalam proses pendidikan adalah guru, pelajar, orang tua dan komuniti. Tambahan pula, pendidikan boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti formal yang melibatkan sekolah dan perguruan tinggi, tidak rasmi melalui kursus dan pelatihan kerja serta tidak formal yang belajar daripada interaksi sosial dan pengalaman harian.

Iklan

Pertumbuhan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan keluaran dalam negara kasar perkapita (KDNK) atau pertumbuhan pendapatan agregat.

Peningkatan produktiviti, yang melibatkan lebih banyak pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan jumlah tenaga kerja, modal, tenaga dan input yang sama, merupakan faktor yang mendorong kepada pertumbuhan ekonomi.

Iklan

Persoalannya, adakah pendidikan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara? Ya, pertumbuhan ekonomi sangat berkait rapat dengan pendidikan. Tahap pendidikan yang tinggi membantu meningkatkan kemahiran dan produktiviti tenaga kerja, yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Pelaburan dalam pendidikan juga cenderung untuk meningkatkan inovasi dan daya saing negara dalam pasaran global.

Kepada ekonomi

Modal manusia yang dihasilkan melalui pendidikan adalah aset penting kepada sesebuah negara.

Modal manusia yang berkualiti tinggi boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa yang panjang. Pendidikan meningkatkan kualiti sumber tenaga manusia dengan menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelbagai sektor ekonomi.

Sektor-sektor yang memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan juga boleh berkembang dengan bantuan sumber manusia yang berkualiti tinggi.

Pendidikan juga meningkatkan produktiviti kerana ia meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja. Tenaga kerja yang terdidik dan berpengetahuan cenderung lebih cekap dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan menghasilkan lebih banyak output per jam kerja.

Tambahan pula, pendidikan yang tinggi adalah asas untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hasil penyelidikan boleh menghasilkan teknologi baharu yang turut membantu pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, pendidikan yang tinggi dapat meningkatkan kualiti sumber manusia, dan menjadikan tenaga kerja lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.

Sumber tenaga manusia yang terdidik boleh menarik investasi dan menjadi bahagian dalam ekonomi dunia. Pendidikan juga memberikan akses kepada peluang ekonomi negara yang lebih baik.

Apabila berlaku peningkatan dalam pendidikan, masyarakat mempunyai peluang yang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan berkontribusi kepada pertumbuhan ekonomi. Negara yang mempunyai tingkat pendidikan yang tinggi lebih cenderung untuk menjadi lebih kompetitif di pasaran antarabangsa.

Ia kerana, sumber tenaga manusia yang mahir dan berpengetahuan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk menarik pelaburan asing dan meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Pendidikan juga boleh disesuaikan dengan keperluan industri dan sektor tertentu. Program-program pelatihan dan pendidikan yang menuju kepada keahlian dan kepakaran yang spesifik dapat memenuhi permintaan tenaga kerja industri tertentu. Ia jelas menunjukkan bahawa pendidikan mendorong kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Seterusnya, individu dan keluarga boleh mendapat kesempatan ekonomi atau kewangan melalui pendidikan. Apabila Pendidikan ditingkatkan, adalah lebih mudah bagi individu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, mengurangkan kemiskinan, dan meningkatkan kuasa beli.

Masyarakat boleh memperoleh keterampilan digital melalui pendidikan. Kemahiran digital yang tinggi menyokong dunia era digital dan membantu masyarakat hidup dalam keadaan ekonomi yang berasaskan inovasi dan teknologi tinggi.

Pelaburan dalam pendidikan

Pemerintah Malaysia telah lama menyedari bahawa pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi.

Bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan di negara ini, pelbagai program dan pelaburan telah dilaksanakan. Beberapa contoh pelaburan kerajaan Malaysia dalam pendidikan yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah melaksanakan program seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Tinggi Kebangsaan untuk meningkatkan dari tahap dasar ke tahap yang tinggi.

Pemerintah juga telah membelanjakan anggaran yang besar untuk sektor pendidikan setiap tahun. Anggaran ini termasuk pembiayaan untuk operasi sekolah, pembangunan infrastruktur pendidikan, gaji guru dan program pendidikan khusus.

Membuat pelaburan bagi institusi pendidikan seperti sekolah, pengajian tinggi dan universiti telah dibangunkan dan ditingkatkan sekali gus mendapatkan lebih banyak peralatan pembelajaran, membina bangunan baharu dan meningkatkan infrastruktur teknologi.

Pemerintah mengambil langkah-langkah untuk memasukkan teknologi dalam pembelajaran dan meningkatkan literasi digital. Ini termasuk program pembangunan infrastruktur teknologi di sekolah dan universiti.

Selain itu, mengadakan program-program untuk meningkatkan akses ke pendidikan seperti pendidikan tinggi, program biasiswa, pinjaman pendidikan dan pelbagai bantuan kewangan lain yang diperkenalkan. Langkah-langkah ini adalah untuk membantu lebih banyak pelajar menyertai universiti terutamanya bagi masyarakat yang kurang beruntung.

Pelatihan yang langsung berkaitan dengan keperluan industri telah menjadi tumpuan yang lebih besar. Untuk memastikan tenaga kerja mempunyai kemahiran yang diperlukan, program ini sering dibangunkan bersama-sama dengan perniagaan dan sektor industri.

Selain itu, menawarkan program pendidikan dan pensijilan kemahiran khusus yang diperlukan dalam industri tertentu. Hal ini demikian boleh meningkatkan persaingan dan meningkatkan mobiliti tenaga kerja.

Pelaburan dalam program keusahawanan sosial yang menggabungkan objektif sosial dengan pembangunan ekonomi ini juga termasuk penubuhan perniagaan yang menyelesaikan isu sosial dan alam sekitar. Untuk memberikan pengalaman langsung kepada pelajar, banyak lembaga pendidikan memperkenalkan komponen pembelajaran berasaskan projek dan praktikum.

Oleh itu, dapat membantu para pelajar di alam pekerjaan nanti dengan membantu mereka menggunakan pengetahuan mereka dalam kehidupan yang nyata.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurin Nazurah Roslan

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my