60 pasukan IPT berentap dalam Debat Piala Datuk Menteri Besar Selangor 

Iklan
Debat Piala Datuk Menteri Besar Selangor bukan hanya sekadar pertandingan tetapi keupayaan mahasiswa dalam kemahiran berkomunikasi.
Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor bakal diadakan pada 8 hingga 10 Mac ini dengan menyaksikan pentas perdebatan, pertukaran idea dan usul mahasiswa universiti merebut gelaran juara.

Pertandingan anjuran kali ketiga ini akan memperlihatkan sebanyak 60 pasukan terbahagi kepada dua kategori iaitu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan pra universiti berentap melontarkan usul dengan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) Kuala Selangor sebagai tuan rumah.

Nazri Noh
Iklan
Iklan


Menurut Pengerusi STDC, Nazri Noh, penyertaan pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas yang hanya mendapat penglibatan seramai 48 sahaja dan ini membuktikan pertandingan debat semakin menjadi tumpuan mahasiswa dalam menambah kemahiran komunikasi serta berfikir.

"Pertandingan ini sebenarnya idea daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga dahulunya seorang pendebat universiti ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Ia dikendalikan Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor dengan mendapat kerjasama penuh Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

"Dari aspek syarat pula yang menjadikan pertandingan ini unik berbanding pertandinga debat lain adalah peserta yang terlibat mestilah merupakan anak kelahiran negeri Selangor atau telah menetap di negeri berkenaan lebih 10 tahun,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Beliau yang juga merupakan Hakim Kelas Tertinggi MADUM memberitahu, kaedah yang diguna pakai dalam pertandingan debat tersebut adalah British Parliamentary Debate dengan pada tahun ini membawa tema Peranan Mahasiswa Dalam Memperkasa Bangsa Madani.

Antara peserta debat yang tampil yakin dan berani melontarkan idea serta pendapat.
Iklan
Iklan


Melalui kaedah itu tiada istilah kalah atau menang memandangkan perkara utama yang diharapkan menerusi pertandingan ini adalah idea daripada mahasiswa itu sendiri.

"Contohnya bagi pertandingan ini ia menjurus kepada usul atau topik perbahasan yang melibatkan dasar dibuat oleh kerajaan negeri misalnya Rancangan Selangor Pertama.

"Apabila mereka mengupas, memberi idea dan pandangan pada pandangan kita ia tidak lagi sekadar pertandingan tetapi seharusnya kita lihat pencambahan idea yang boleh diambil serta dibincangkan,” ujarnya.

Jelas Nazri, sesebuah pentas debat itu sendiri tidak hanya menumpukan kemenangan semata-mata sebaliknya ketersediaan dan kemahiran mahasiswa sendiri dalam berkomunikasi, menimba ilmu dan idea serta bagaimana menterjemahkan perkara ini dalam hujahan debat.

Justeru, kemahiran debat perlu diberi keutamaan kepada program kokurikulum universiti bagi membentuk dan menangkis segala tanggapan mahasiswa yang sering diberi gambaran lesu dan tidak mampu untuk bercakap.

Bercerita lanjut mengenai Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor itu, Nazri berkata, mahasiswa yang meraih juara bagi kategori IPT bakal membawa pulang RM8,000, tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.

Manakala bagi kategori pra universiti, tempat pertama bakal membawa pulang RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan ketiga RM2,000.

Selain itu, pertandingan ini juga bakal menghadiakan peserta mengikut kategori lain antaranya pendebat terbaik, pendebat terbaik keseluruhan dan pendebat terbaik akhir.