Pencipta komik Jepun Dragon Ball, Akira Toriyama menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun, lapor AFP.
Mendiang meninggal dunia akibat hematoma subdural iaitu sejenis pendarahan berhampiran otak.
Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh syarikat penerbitan anime berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial.
Untuk makluman pembaca Sinar Bestari, Dragon Ball sangat popular di seluruh dunia dan siri komik itu juga telah melahirkan versi kartun animasi dan filem.
Dragon Ball yang dihasilkan Toriyama pada tahun 1984 mengisahkan tentang pengembaraan Goku dan rakan-rakannya hingga menjadikan anime itu paling diminati dan ikonik sepanjang zaman.
Selain Dragon Ball, Toriyama turut menghasilkan beberapa lagi karya hebat lain seperti Dragon Ball Z, Dragon Ball Super, Sand Land dan banyak lagi.
Kami di Sinar Bestari merakam ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Dragon Ball tetap dalam hati rakyat Malaysia!