Hanya 5.65 peratus murid sekolah rendah belum kuasai 3M

Iklan
Gambar hiasan
Kira-kira 5.66 peratus murid di Tahun Dua hingga Tahun Enam masih belum mampu menguasai kemahiran literasi asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek berkata, kementerian sedar bahawa pandemik Covid-19 memberi impak kepada pembelajaran disebabkan pelajar tidak dapat menghadiri kelas secara fizikal.

"Daripada saringan 3M sehingga akhir tahun 2023 ia menunjukkan sejumlah 5.65 peratus murid Tahun Dua hingga Tahun Enam masih belum menguasai asas berbanding 7.75 peratus sehingga akhir tahun 2022.

"Dan kementerian yakin pelajar akan dapat menguasai kemahiran literasi asas melalui langkah-langkah strategik serta program intervensi di sekolah rendah,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Rabu.

Sebelum ini, kementerian menyatakan bahawa kehilangan pembelajaran disebabkan oleh pandemik Covid-19 adalah salah satu sebab utama penurunan skor Malaysia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).