Gotong-royong perdana HULKsS libat banyak pihak

Iklan
Gotong-royong perdana HULKsS membabitkan pelbagai pihak yang prihatin dengan sekolah tersebut.

Bagi memastikan para pelajar berada dalam persekitaran yang kondusif, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hulu Kelang, Ampang, Selangor melaksanakan gotong-royong perdana, pada Jumaat.

Ia bertujuan menyediakan suasana yang selesa dan tenang sepanjang pembelajaran pada sesi persekolahan 2024/2025, 11 Mac ini.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan yang dikirimkan kepada Sinar Bestari, program gotong-royong perdana SMK Hulu Kelang atau lebih dikenali Hulu Kelang Secondary School (HULKsS) dijayakan oleh pelbagai pihak.

"Antara yang terlibat adalah barisan pentadbir, guru-guru, Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Ahli Kumpulan Sokongan (AKP) dan ibu bapa.

Iklan

"Misi pertama HULKsS telah selesai dengan jayanya dan matlamat ditetapkan juga telah tercapai,” katanya.

Tulis kenyataan itu lagi, HULKsS mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana turun padang dan berusaha tanpa mengira penat lelah, biarpun dalam renyai hujan, demi menjayakan program tersebut.

Iklan

"Kesemua warga HULKsS telah memainkan peranan amat bermakna dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk pelajar memulakan sesi persekolahan nanti.

"Terima kasih warga HULKsS,” maklum kenyataan itu.

Antara yang menyertai program gotong-royong perdana di HULKsS.