Lebih 447,000 murid Darjah Satu terima BAP bermula minggu ini

Iklan
AZMAN

Seramai 447,982 murid Darjah Satu akan mula menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula minggu ini membabitkan peruntukan lebih RM67 juta untuk diagihkan ke 8,903 sekolah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM788.13 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP, selain ibu bapa murid Darjah Satu tidak perlu membuat sebarang permohonan.

Iklan
Iklan

"Hal ini kerana data anak-anak mereka telah ada di sekolah," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Merlimau Dua, Melaka pada Isnin.

Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

Iklan

Dalam pada itu, Azman berkata, kantin sekolah termasuk di sekolah menengah kebangsaan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi menyantuni murid dan pelajar yang bukan beragama Islam. - Bernama