USIM muncul juara debat Piala Dato' Menteri Besar

Iklan
Amirudin (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kemenangan kepada pendebat USIM pada Pusingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor di STDC, Kuala Selangor pada Ahad.

Kategori pra universiti pula menyaksikan, UM meraih kemenangan tempat pertama dengan memperoleh wang tunai RM5,000 piala, trofi dan sijil

Universiti Sains Islam Selangor (USIM) dinobatkan juara Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor di bagi kategori institusi pengajian tinggi pada Ahad.

Iklan
Iklan

USIM membawa pulang wang tunai RM8,000, piala, trofi dan sijil, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul naib juara menerima wang tunai RM5,000.

Tempat ketiga dan keempat milik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) A yang memperoleh RM2,000 dan UPNM B tempat keempat pula RM1,000.

Iklan

Pendebat terbaik keseluruhan pula dimenangi Mohamad Marzuhaimie Marzuk dari UPNM dan pendebat terbaik akhir dimenangi oleh Hafiz Hafizi dari UKM.

Bagi kategori pra universiti pula menyaksikan, Universiti Malaya (UM) meraih kemenangan tempat pertama dengan memperoleh wang tunai RM5,000 piala, trofi dan sijil.

Iklan

Keputusan Kategori Institusi Pengajian Tinggi.

Tempat kedua pula milik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ketiga, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan keempat Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bagi pendebat terbaik keseluruhan kategori itu pula dimenangi Muhammad Shahrull Irfan Md Shukri dari Asasi UUM dan pendebat terbaik akhir pula dimenangi Anas Safwan Harun dari Asasi UM.

Sebanyak 60 pasukan bertanding pada pertandingan debat itu yang diadakan di Selangor Technical Skill Development Center (STDC).

Sebanyak 47 pasukan dari institusi pengajian tinggi dan 13 pasukan pra universiti bertanding pada tahun ini.

Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor diadakan buat kali ketiga dan ia diadakan kali pertama di Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2019.

Keputusan Kategori Pra Universiti.

Pertandingan itu kemudiannya dihentikan selama dua tahun akibat negara dilanda pandamik Covid-19 dan diadakan semula di Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) pada tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semasa majlis perasmian penutup memberitahu, pertandingan itu diharap dapat melahirkan mahasiswa serba boleh serta meneruskan legasi kecemerlangan negara pada masa depan.

"Debat sebenarnya melatih kita untuk berfikir dan ia sudah tentunya cabaran berbeza berbanding jika berpidato atau berpuisi," ujar beliau.