Graduan TVET kini di Perancis!

Iklan
Saifullah kini bekerja dengan sebuah syarikat berpengkalan di Perancis.

Dahulu, aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dipandang sepi oleh masyarakat.

Namun kini, TVET dilihat sebagai salah satu bidang yang menjadi dambaan ramai pelajar di negara ini.

Iklan
Iklan

Ia kerana, TVET telah melahirkan ramai graduan hebat di mana ada antaranya berjaya mendapat pekerjaan hebat di luar negara.

Terbaharu, perkongsian pengguna Facebook Nor Shazwani Shamshudin mengenai kejayaan graduan TVET mendapat perhatian masyarakat.

Iklan

Masakan tidak, pelajar yang dahulunya belajar TVET kini sudah bekerja dengan sebuah syarikat di Perancis.

Fuhh, lain macam penangan graduan TVET ini.

Iklan

Selanjutnya, ikuti hantaran Nor Shazwani mengenai graduan yang dimaksudkan itu.

*****

Ini bekas pelajar saya Saifullah.

Dia merupakan pelajar Sijil Teknologi Kimpalan, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, Johor tahun 2012-2013.

Kecil molek orangnya.

Dulu dalam kelas dia bukan jenis terjal sangat. Orang lain buat hal, dia tukang gelak sahaja. Untuk budak Kimpal, kira dia kategori sopanlah.

Tamat pengajian di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, tahun berikutnya dia sambung pula peringkat diploma di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL-MSI) dalam bidang Product Engineering Technology.

Sekarang Saifullah berumur 30 tahun dan bertugas sebagai End Fitter dengan sebuah syarikat berpengkalan di Perancis.

Kerap juga dia ke Perancis bagi memenuhi tuntutan tugas dan sekarang pun dia berada di sana selama beberapa bulan.

Saya tanya dia masuk UniKL loan (pinjaman) berapa?

"55k teacher...”

"Bayar?"

"10k..."

Untung tak untung jadi anak MARA?

Peringkat sijil belajar percuma, siap elaun. Asrama pun percuma.

Lepas tu sambung diploma ambil pinjaman, tapi macam percuma juga sebab dapat Elaun Sara Hidup (ESH) RM600 sebulan (tolak dari pencuma).

Kalau nak untung lagi, diploma pun masuk IKM/Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Ijazah baru pergi UniKL. Terpulanglah.

Tahniah Saifullah!

Pemerhatian peribadi saya lah. Kalau bermula di IKM kemudian ke UniKL, insya-ALLAH amali power. Jiwa pun kental.

Di IKM, mereka fokus kepada amali, dah masuk UniKL teori lebih sikit. Asas dah sedia kukuh. Tamat UniKL, jauhlah perginya.

Semua ada peluang. Yang penting tahu caranya dan sanggup nak buat.

Budak TVET MARA laris di industri.