25 mahasiswa UKM sertai Program Mobiliti Antarabangsa

Iklan
Barisan peserta yang mengikuti Program Mobiliti Antarabangsa Ke Universitas Indonesia, Jakarta, selama lima hari, baru-baru ini.

Kira-kira 25 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai Program Mobiliti Antarabangsa Ke Universitas Indonesia, Jakarta, baru-baru ini.

Program julung kali diadakan itu adalah bagi memenuhi aspirasi Kolej Akademia melalui kolaborasi Kolej Kediaman - Fakulti untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Iklan
Iklan

Bertemakan ‘Perkasa Budaya Bangsa Serumpun’, program dipanggil Syed Nasir Cross-Cultural Odyssey of Nurturing Exchange (Syed Nasir CONNECTS) bertujuan melahirkan penuntut yang mempunyai kesedaran budaya luar sekali gus meningkatkan kemahiran insaniah.

Menurut Pengetua KTSN, Profesor Madya Dr Mohd Razif Shahril, program berjaya menyerlahkah kemahiran bakat mahasiswa dalam berorganisasi.

Iklan

Katanya, ia akan diteruskan dengan mobiliti pada tahun hadapan kerjasama Universiti Chulalongkorn, Thailand.

Seorang peserta, Nik Ilya Suhana Nik Azni berkata, pengalaman yang diperoleh melalui program tersebut membuka mindanya untuk meraikan kepelbagaian budaya dan adat sesebuah masyarakat dalam rumpun sama.

Iklan

Manakala peserta Universitas Indonesia, Adam Ferdinand berpendapat, walaupun terdapat kepelbagaian budaya melalui sesi perkongsian, namun banyak juga persamaan dapat diraikan kerana Malaysia dan Indonesia adalah negara berasal rumpun bangsa sama.

Program Mobiliti Antarabangsa ke Universitas Indonesia berlangsung selama lima hari dengan menyajikan pelbagai aktiviti kepada para peserta.

Antaranya eksplorasi seni kebudayaan, makanan tradisi, pakaian tradisi, bahasa dan senibina.

Program kerjasama antara KTSN dengan Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Kesatuan Mahasiswa UKM, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi disempurnakan wakil Dekan Fakulti Farmasi, Universitas Indonesia, Dr Sutriyo.