Pupuk kesedaran awam pengendalian minyak masak mampan

Iklan
Pengunjung berpeluang menimba ilmu tentang pengendalian minyak masak yang betul menerusi pameran Navigating Sustainability: The Palm Oil Map to a Greener Future.

Makanan merupakan salah satu faktor paling penting dalam memastikan kesihatan dalam keadaan baik.

Makanan secara harfiah akan menjadikan siapa kita dan mempengaruhi keadaan kesihatan diri bak kata pepatah, ‘kita adalah apa yang kita makan’ (we are what we eat).

Iklan
Iklan

Ketersediaan 17 jenis minyak sayuran dan lemak haiwan di pasaran lebih menyulitkan keadaan di mana pemilihan yang tepat, aplikasi dan pengendaliannya telah dianggap remeh oleh sesetengah komuniti.

Justeru, usaha memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan industri sawit, telah pun direalisasikan barisan penyelidik Universiti Malaya (UM) iaitu Dr Noordini Mohamad Salleh (Ketua Penyelidik), Profesor Madya Dr Cheng Sit Foon dan Dr Muhammad Aqmal Othman melalui projek penyelidikan OleoRangers@UM Living Lab.

Iklan

OleoRangers@UM Living Lab ditubuhkan di bawah peruntukan penyelidikan yang disalurkan Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) untuk memberi kesedaran tentang minyak masak daripada pelbagai aspek sekali gus melahirkan komuniti berpengetahuan tinggi tentang apa yang mereka makan.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, secara amnya telah menunjukkan komuniti masih mempunyai ruang memperkasakan ilmu dan pemahaman mengenai minyak masak yang lazimnya digunakan dalam penyediaan makanan harian.

Iklan

Terdapat kekeliruan jelas dan amalan buruk dalam pemilihan, penggunaan dan pengendalian minyak masak.

Tambahan pula, dengan pengaruh media sosial yang sering merendahkan kebaikan minyak sawit berbanding dengan minyak lain seperti minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak canola dan minyak bunga matahari.

Untuk mencapai matlamat tersebut, pameran Navigating Sustainability: The Palm Oil Map to a Greener Future diadakan di Dataran Sains, UM bertujuan memberi kesedaran dalam pemilihan, penggunaan dan pengendalian minyak masak yang betul dalam komuniti.

Pameran julung kali diadakan itu bertemakan Awareness Creation, Knowledge Enhancement and Optimum Utilisation of Cooking Oils telah mendapat sokongan padu Malaysian Oil Scientists’ and Technologists’ Association (MOSTA), Malaysian Palm Oil Council (MPOC) dan Profes Lipid Sdn Bhd.

Program ini menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melibatkan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab dan SDG3 - Kesihatan Dan Kesejahteraan Yang Baik.

Sementara itu, sepanjang Navigating Sustainability: The Palm Oil Map to a Greener Future berlangsung, pameran dihadiri Presiden MOSTA, Tan Sri Profesor Emeritus Datuk Dr Augustine S H Ong diiringi barisan pengurusan tertinggi Fakulti Sains, UM.

Manakala pengunjung yang terdiri daripada staf akademik, staf bukan akademik, pelajar siswazah dan pasca siswazah meluangkan masa hadir ke pameran tersebut.

Orang ramai berpeluang belajar secara dekat dengan melihat sampel pameran, poster yang menarik serta diberi penerangan terperinci oleh pasukan OleoRangers.

Bagi menjadikan pameran ini lebih menarik, permainan yang bersifat interaktif turut disediakan.

Diharapkan penganjuran pameran sebegini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai industri sawit dan minyak masak.