Mahasiswa GPMS UKM santuni gelandangan

Iklan
Singgah Sahur Santuni Gelandangan di sekitar Bukit Bintang dan Chow Kit melibatkan sekumpulan mahasiswa GPMS UKM.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil inisiatif melaksanakan pemberian pek makanan sahur kepada gelandangan di sekitar Bukit Bintang dan Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelaksanaan program dikenali Singgah Sahur Santuni Gelandangan itu telah mendapat kerjasama baik daripada Skull Coffee.

Iklan
Iklan

Menurut Yang Di Pertua GPMS UKM, Muhammad Meffzal Mohd Sazwan, pihaknya terpanggil untuk berkongsi rezeki sebagai memenuhi tuntutan bulan Ramadan terhadap saudara sesama Islam.

"Tanggungjawab ini tidak boleh dipikul oleh pihak tertentu sahaja sebaliknya mahasiswa perlu mempunyai kesedaran yang sama untuk berbakti kepada masyarakat.

Iklan

"Projek-projek seperti ini pastinya akan membuka mata kebanyakan badan atau gerakan mahasiswa lain supaya mereka tidak hanya menfokuskan permasalahan penuntut dalam universiti sahaja sebaliknya keluar berbakti kepada masyarakat sasaran.

"Kami di GPMS UKM sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak badan bukan kerajaan (NGO) atau badan kerajaan untuk terus melaksanakan program seperti ini akan datang," ujarnya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Projek Singgah Sahur Santuni Gelandangan, Zulhafiz Haqimi berkata, penganjuran program tersebut bermula apabila mengenangkan bagaimana nasib gelandangan di di bandar raya Kuala Lumpur terutamanya pada Ramadan.

"Gelandangan juga adalah sebahagian daripada komuniti kita.

"Walaupun mungkin timbul rasa kurang selesa sesetengah pihak untuk berhadapan dengan gelandangan, tetapi kita mesti ingat tentang kesamarataan rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT untuk semua manusia," ujarnya.