Sinar Bestari rai ulang tahun ke-7

Iklan
Inilah tulang belakang Sinar Bestari, dari kanan Azleenda Sahaludin (wartawan), Meen Tahrin (Editor Eksekutif Lifestyle), Nurbaya Abdul Rezak (Editor Sinar Bestari) dan Roshlawaty Md Raieh (Wartawan).

FOTO: MOHD HALIM ABD WAHID

Portal pendidikan Sinar Bestari telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-7 di Dataran Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada 4 April 2024.

Iklan
Iklan

Sambutan ringkas dan santai, namun meriah itu berlangsung sekitar jam 6 petang dengan membawakan tujuh biji kek sebagai simbolik kepada tujuh tahun penubuhan Sinar Bestari serta pulut kuning.

Pengunjung yang hadir sempena Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 berpeluang menikmati koleksi kek sedap dan comel serta pulut kuning tajaan Taylor’s University, Universiti Multimedia (MMU), Hospital Pakar KPJ Rawang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Trio Hauz, Concorde Hotel Shah Alam dan Chef Asma Culinary Studio.

Iklan

Selain itu, hidangan turut dikongsi dengan anak-anak yatim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, Petaling, Selangor.

Di sini, kami kongsikan momen-momen manis sepanjang penganjuran ulang tahun Sinar Bestari untuk tatapan para pembaca!





Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (kiri) bersama wakil MMU, Sahbulah Mohamad Darwi (kanan) yang hadir sempena ulang tahun kelahiran ke-7 Sinar Bestari.




Kek tajaan MMU.


Kek tajaan Taylor’s University.


Tajaan Hospital Pakar KPJ Rawang.


Kek tajaan Chef Asma Culinary Studio.


Tajaan Trio Hauz.


Tajaan Concorde Hotel Shah Alam.


Pulut kuning ditaja PKPS.


Krew yang membantu mengagihkan kek kepada orang ramai.




Iklan