'Aidilfitri tetap meriah walau di perantauan'

Iklan
UBATI KESEDIHAN...Pelajar dari Malaysia yang menuntut ilmu di Australia berhimpun sewaktu meraikan Aidilfitri di Dewan Malaysia Melbourne.

Lontong dan kuah lodeh masakan ibu antara makanan paling dirindui Muhammad Danish Saiful Rizal, 23, meraikan Aidilfitri di luar negara tahun ini.

Muhammad Danish, merupakan mahasiswa jurusan Seni Reka Fesyen dari RMIT University, Melbourne, Australia menyambut hari raya untuk tahun kedua di perantauan.

Iklan
Iklan

"Bohonglah jika tidak merindui ahli keluarga di Malaysia terutamanya papa, Saiful Rizal Ab Rahim dan mama, Norzaini Md Azidin.

"Untuk mengubati rasa rindu, saya akan pastikan menghubungi mereka dengan membuat panggilan video di aplikasi WhatsApp pada pagi hari raya nanti,” ujar anak kelahiran Shah Alam, Selangor ini.

Iklan

Berkongsi kemeriahan beraya di perantauan, anak bongsu daripada dua beradik ini berkata, kegembiraan masih tetap dirasai walaupun jauh dari tanah air.

"Penuntut Malaysia ramai di sini, jadi tidaklah saya rasa sunyi dan terasing. Lagipun, anak-anak perantau tidak boleh sedih kerana Aidilfitri perlu diraikan dalam suasana gembira.

Iklan

"Tentang kuliah pula, saya akan mengikutinya seperti biasa pada hari raya pertama. Kemudian, barulah beraya bersama rakan-rakan di universiti,” ujar Muhammad Danish yang akan menggayakan baju Melayu cekak musang navy blue yang dijahit sendiri olehnya.

Muhammad Danish juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh keluarga di Malaysia.

"Semoga Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh kegembiraan. Jaga diri dan hargai waktu bersama,” katanya.

Muhammad Danish

Imam solat tarawih

Sementara itu, Nik Ahmad Nik Aziz, 25, yang kini berada di Osaka, Jepun berkata, 2024 adalah tahun pertama dirinya beraya di perantauan.

"Saya bukan belajar di Osaka, sebaliknya diberi tanggungjawab menjadi imam solat tarawih di sini, sepanjang Ramadan ini dan turut menjalani latihan industri di Japan Dakwah Centre (JDC).

"Selama 40 hari saya di Osaka iaitu bermula 10 Mac sehingga 20 April ini. Memandangkan pertama kali beraya luar negara, saya begitu teruja dan tidak sabar untuk merasai kemeriahan lebaran di Osaka,” kata mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Qiraat Dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Anak pasangan Nik Aziz Nik Soh dan Roshilah Anita Kassim ini memberitahu, perkara paling dirindui pada Aidilfitri nanti tentulah ahli keluarga dan masakan ibu.

"Rindunya hendak berkumpul dengan keluarga dan bersalaman pada pagi raya. Tak kurang juga, rindu dengan rendang ayam ibu yang memang tiada tandingan.

"Insya-ALLAH, balik Malaysia nanti, tak sabar hendak minta ibu masakkan rendang ayam untuk saya,” katanya lagi.

Nik Ahmad